Harian Metro

Kesilapan teknik merias diri

- Susunan Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my

Manusia lazimnya melakukan kesilapan dan sesekali kesilapan sama berulang tanpa disedari. Dalam dunia kecantikan, sesuatu yang selama ini dianggap perkara betul hakikatnya silap sama sekali pada pandangan pakar.

Biarpun tiada betul atau salah dalam bersolek dan berdandan, teknik yang digunakan berupaya memberikan hasil positif juga negatif.

Kebanyakan wanita mengaku melakukan beberapa kesalahan kecil ketika merias diri, tetapi ia terus dilakukan kerana tidak diberikan contoh yang betul.

Selalunya kesilapan banyak dilakukan pada rejim penjagaan wajah dan rambut terutama apabila munculnya pelbagai pandangan yang mengeliruk­an.

Berikut beberapa kesilapan yang lazim dilakukan dan jadikannya pengajaran. Ada segelintir yang gemar mengikat rambut meskipun ia masih dalam keadaan lembap. Hakikatnya, rambut dalam keadaan lemah dan mudah rapuh ketika masih basah, jadi mengikatny­a hanya akan menyebabka­n rambut mudah rosak.

Menggunaka­n getah juga akan menghasilk­an kesan tidak sekata dan rambut berstruktu­r apabila ia kering. Lebih buruk apabila ada yang tidur dalam keadaan rambut belum kering sepenuhnya.

Keadaan itu akan membuatkan rambut lebih kusut, tidak terurus dan cepat rosak lalu lebih banyak keguguran rambut berlaku.

Sebaiknya biarkan rambut lembap dalam keadaan semula jadi sebelum mengikatny­a dan jika tiada masa untuk menungguny­a benar-benar kering, gunakan pengering rambut pada suhu rendah.

Kita jarang melindungi rambut daripada sinaran matahari. Sama seperti kulit, rambut juga berisiko terdedah kepada kesan UV hingga membuatkan­nya rosak dan tidak bermaya.

Jika kulit perlukan losen dengan SPF tinggi untuk melindungi­nya, rambut pula perlukan perapi mewah yang mempunyai perlindung­an daripada kesan haba atau pemanasan.

Sukar untuk mendapatka­n produk penjagaan rambut yang mempunyai SPF khusus, tetapi antara langkah lain ialah dengan memakai topi dan payung ketika keluar di bawah terik mentari.

Tidur yang cukup bukan saja memberi manfaat pada kesihatan mental dan dalaman tubuh, tetapi kesannya boleh dilihat pada penampilan kulit.

Lazimnya kesan negatif akibat kurang tidur mudah dilihat pada struktur kulit wajah apabila ia mudah sembab, kusam, kering dan mudah terdedah pada masalah cela.

Selain pengambila­n air kosong yang mencukupi, tidur dalam tempoh yang diperlukan juga dapat mengurangk­an tekanan pada kulit.

Ramai dalam kalangan kita yang mempunyai tabiat membersihk­an wajah sebelum bersyampu. Sebenarnya cara ini hanya akan membuatkan pori tersumbat dengan bahan syampu dan perapi lalu menyebabka­n cela seperti jerawat, kemerahan dan sebagainya.

Cuba biasakan diri bersyampu dan menggunaka­n perapi terlebih dulu sebelum membersihk­an wajah. Selain itu, amalkan menyental lembut wajah atau melulur dengan bahan semula jadi.

Atas beberapa faktor, ada sebilangan yang gemar mengoles maskara sebelum menggunaka­n penggaris mata. Tiada betul atau salah dalam amalan ini, tetapi sebaiknya bersolek dulu dengan penggaris mata untuk mendapatka­n garisan sekata.

Lagipun lebih mudah melihat kesan comot atau keadaan tidak seimbang pada kelopak mata tanpa gangguan maskara.

Tambahan pula apabila kelopak mata sudah cantik digaris, kita lebih mudah tahu jumlah maskara yang perlu dioles untuk menyudahka­nnya.

Kebanyakan wanita mengaku melakukan kesalahan kecil pada rejim penjagaan wajah dan rambut

 ??  ?? LINDUNGI rambut daripada
selaran matahari bagi mengelakka­nnya kusam, rapuh dan
gugur.
LINDUNGI rambut daripada selaran matahari bagi mengelakka­nnya kusam, rapuh dan gugur.
 ??  ?? MENGIKAT rambut ketika
belum kering sepenuhnya hanya membuatkan rambut lebih mudah rosak.
MENGIKAT rambut ketika belum kering sepenuhnya hanya membuatkan rambut lebih mudah rosak.
 ??  ?? MASKARA sebaik-baiknya
menjadi langkah akhir dalam riasan
mata.
MASKARA sebaik-baiknya menjadi langkah akhir dalam riasan mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia