Harian Metro

Drama bersiri kini 2,100 episod

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Menghasilk­an drama bersiri pastinya mengambil masa lama apatah lagi jika ia melebihi 100 episod.

Kebelakang­an ini dapat kita lihat semakin ramai yang menyukai drama bersiri dipanjangk­an.

Bermula dengan negara Asia seperti Filipina dan Indonesia, Malaysia juga kini kian aktif menghasilk­an drama bersiri panjang.

Namun, drama bersiri popular Indonesia, Tukang Bubur Naik Haji (TBNH) memecah rekod sebagai drama bersiri paling panjang apabila sudah mencecah 2,100 episod.

Bermula sebagai telefilem pada 2012, drama berkenaan kemudian dihasilkan dalam format drama bersiri dan masih diteruskan hingga hari ini berikutan mendapat sambutan cukup hebat.

Pastinya bukan sesuatu yang mudah buat pengarah, penulis skrip dan penerbitny­a untuk tampil dengan jalan cerita yang menarik setiap hari.

Tambahan lagi buat pertama kalinya dalam sejarah Indonesia, drama ini pernah ditayangka­n dua dan tiga kali sehari berikutan sambutan hangat daripada penonton Indonesia.

Malah, kru produksi terpaksa dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi melancarka­n penggambar­an.

Salah seorang pengarahny­a, Rindra Panca berkata, dia mengarah drama ini dari episod pertama.

“Bermula dengan pelakon asal hingga pelakon kini bertukar ganti. Daripada satu kumpulan yang kecil kini kami dibahagika­n kepada tiga kumpulan bagi memudahkan urusan penggambar­an yang memerlukan drama ini ditayangka­n segera di

TV.

“Kesukaran itu pasti ada, namun saya bersyukur kerana dikeliling­i kru produksi dan pelakon yang profesiona­l dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik.

“Jika di awal pembabitan agak tertekan kerana kami mengejar waktu untuk ditayangka­n, tetapi kini sedikit lega kerana cerita ditayangka­n sehari sekali. Malah, kini pada hujung minggu adalah waktu berehat untuk kami semua,” katanya.

Tidak menyangka dengan sambutan penonton terhadap drama ini, Rindra bersyukur dikeliling­i orang yang bijak dalam menghasilk­an skrip cerita ini.

 ??  ?? 1. PENGARAH, Rindra (berdiri tengah berbaju hitam)
bersama pelakon dan kru produksi Tukang Bubur Naik Haji.
2. PENGGAMBAR­AN Tukang Bubur Naik Haji kini mencecah
lebih 2,000 episod. 3. ANTARA babak membabitka­n Citra dan Andi.
4. ANDI 5. LATIEF...
1. PENGARAH, Rindra (berdiri tengah berbaju hitam) bersama pelakon dan kru produksi Tukang Bubur Naik Haji. 2. PENGGAMBAR­AN Tukang Bubur Naik Haji kini mencecah lebih 2,000 episod. 3. ANTARA babak membabitka­n Citra dan Andi. 4. ANDI 5. LATIEF...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia