Harian Metro

Pahang tunggu maklum balas FAM

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) hanya menunggu jawapan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung status pemain import dari Chile Claudio Meneses

sama ada boleh beraksi atau tidak pada pertemuan Liga Super menentang T-Team, 22 Oktober ini.

Jurulatih Pahang Razip Ismail berkata, pihaknya sudah menghantar rayuan berhubung kad kuning diterima Meneses ketika skuad itu menewaskan Pulau Pinang, 24 September lalu.

Katanya, sehingga kini beliau belum menerima sebarang maklum balas daripada FAM berhubung perkara itu dan menganggap kedudukan Meneses penting dalam membentuk kesebelasa­n terbaik skuad Tok Gajah apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah nanti.

“Segala bukti termasuk rakaman video sudah dihantar kepada FAM untuk mereka meneliti sama ada Meneses benar-benar berhak

(gambar)

dilayangka­n kad kuning atau tidak.

“Pada pendapat kami, Meneses yang beraksi di posisi tengah tidak sepatutnya dilayangka­n kad kuning oleh pengadil perlawanan J Suresh. Pengadil mendakwa dia melakukan kesalahan dan selepas meneliti rakaman video, kami berpendapa­t Meneses tidak sepatutnya dikenakan hukuman,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Razip berkata, rayuan itu penting memandangk­an Meneses sudah mengutip dua kad kuning dan jika kad terbaru diambil kira, maka pemain itu sudah pasti tidak akan bersama Pahang pada aksi terakhir liga bertemu T-Team.

“Ketika ini, saya hanya menunggu jawapan dan pihak kami menjangkak­an keputusan mengenainy­a akan diterima selewat-lewatnya awal minggu depan,” katanya.

Berdasarka­n kedudukan semasa, Pulau Pinang dan Terengganu, masing-masing menduduki tangga ke-12 dan 11 dengan mengutip 19 mata manakala Pahang di tangga ke-10 dengan 20 mata serta Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kedudukan lapan dan sembilan dengan 21 mata.

Justeru, kemenangan adalah penting buat Pahang jika mahu kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia