Harian Metro

‘Dua-dua pandai buat kerja...’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

„ Hassan anggap Tunku Ismail, Tony cukup kelayakan ambil alih jawatan Presiden FAM

Sama ada Tunku Ismail Sultan Ibrahim ataupun Tan Sri Tony Fernandes, kedua-dua tokoh itu cukup layak untuk memikul tanggungja­wab selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut bekas pemain kebangsaan era-80an, Hassan Sani, pengalaman Tunku Ismail dan Tony ketika mengendali­kan kelab masing-masing iaitu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) serta Queens Park Rangers (QPR) sejak beberapa tahun lalu diyakini mampu membawa sinar baru kepada bola sepak negara.

Jelasnya, meskipun tahap saingan liga bagi kedua-dua kelab itu agak berbeza dengan Johor DT bermain di Liga Super Malaysia manakala QPR di Liga Kejuaraan England, bagi beliau perebutan jawatan

Presiden FAM kali ini pasti lebih sengit berbanding sebelumnya.

“Tony ada pengalaman luas di kancah bola sepak Eropah terutamany­a di England, malah hasil sentuhan tokoh perniagaan itu amat membanggak­an apabila pernah membawa QPR beraksi di saingan Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

“Tunku Ismail juga tidak kurang hebatnya. Beliau berjaya membuat perubahan besar kepada Johor DT yang kita semua kenali sebelum ini dengan nama Johor FC.

“Saya ingat lagi, dulu Johor FC agak tenggelam dalam liga negara kita namun sejak Tunku Ismail mengambil alih sudah banyak perubahan yang beliau lakukan.

“Kejayaan Johor DT memenangi kejuaraan Liga Super selama tiga tahun berturut-turut serta Piala FA

musim ini selain Piala AFC musim lalu adalah pencapaian membanggak­an.

“Sekiranya mereka berdua setuju untuk bertanding, saya lihat ia suatu pertembung­an yang cukup sengit dengan masing-masing memiliki karakter dan keberanian untuk membuat peruba- han,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Jawatan Presiden FAM mula menjadi tumpuan apabila penyandang­nya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyuaraka­n hasrat untuk berundur awal tahun ini selepas memimpin badan induk itu sejak 2014.

Difahamkan, keputusan mengejutka­n Tengku Abdullah itu susulan aksi memalukan skuad kebangsaan yang diratah 0-10 oleh pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 tahun lalu.

Pemilihan FAM bakal diadakan pada kongres ke-53 yang dijadual awal tahun depan selepas Jawatankua­sa Eksekutif memutuskan tarikh kongres berkenaan pada penghujung Oktober ini.

“Cuma satu saja saranan saya, siapa-siapa yang pegang jawatan itu (Presiden FAM) haruslah buat kerja dan jangan sekadar duduk tanpa berbuat apa-apa,” katanya.

 ??  ?? TONY
TONY
 ??  ?? TUNKU ISMAIL
TUNKU ISMAIL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia