Harian Metro

GRK tak sabar gegar MTB

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Geng Rider Kajang (GRK) giat menjalani latihan setiap minggu sebagai persediaan menyertai kejohanan berbasikal lasak Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016 Sirkit 2 di Lukut, Port Dickson, yang akan bermula 22 Oktober ini.

Wakil GRK Zainuddin K Abdu berkata, setakat ini 40 ahli kelabnya sudah mengesahka­n kehadiran untuk menyertai kejohanan berkenaan.

Menurutnya, setiap malam Isnin, Rabu dan Jumaat, mereka akan menjalani latihan dengan mengayuh basikal di laluan lasak termasuk lebuh raya.

“Manakala pada hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad, kami akan menjalani latihan di kawasan ladang dan kebun sawit untuk menguji tahap kemampuan dan meningkatk­an kemahiran pasukan.

“Persiapan awal itu juga pasti dapat meningkatk­an dan mengekalka­n stamina kami sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran selain menempuh laluan off-road,” katanya.

Zainuddin berkata, dalam kejohanan sama di Kulim, Kedah pada 30 Julai lalu, mereka dapat melalui semua cabaran disediakan dengan baik tanpa sebarang kecederaan.

“Oleh itu, kami mengharapk­an lokasi seterusnya termasuk di Skudai, Johor nanti, memberi kelebihan buat kami dan berharap kami dapat menempuh semua halangan dengan mudah,” katanya.

Zainuddin berkata, paling penting kumpulanny­a perlu menunjukka­n komitmen tinggi untuk menjuarai MTB Grand Prix 2016 Sirkit 2 itu nanti. Seremban: Selepas melakar kejayaan memenangi Cabaran Mountain Bike Endau-Rompin 2016 Pahang awal bulan ini, Kelab Sitra Racing Team (SRC) dari Kota Bharu, Kelantan sedia memperaga aksi lebih mantap pada Kejohanan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016, Sirkit 2 di Lukut Negeri Sembilan, 22 Oktober ini.

Pengurus SRC Mat Radzi Deris berkata, beliau bersama tiga lagi rakan pasukan termasuk Zaki Nasir yang juga pelumba pasukan Le Tua di Terengganu, sudah membuat persiapan rapi dengan menjalani latihan di sekitar Kota Bharu dalam memastikan tahap kecergasan mereka berada

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia