Harian Metro

Jokowi ‘tangkap’ pegawai rasuah

Minta bayaran tambahan di pejabat Kementeria­n Pengangkut­an

-

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) kelmarin menyertai satu operasi oleh polis negara itu bagi menangkap beberapa pegawai di Kementeria­n Pengangkut­an yang terbabit rasuah.

Pegawai terbabit ditangkap kerana mengenakan bayaran tertentu kepada orang ramai untuk perkhidmat­an lesen kenderaan.

Menteri Pengangkut­an Indonesia, Budi Karya Sumadi berkata, dia menerima laporan mengenai amalan bayaran secara tidak sah itu sebulan selepas dilantik sebagai menteri.

Amalan itu dikenali sebagai pungli di Indonesia dikenakan pegawai kepada orang ramai untuk mempercepa­tkan urusan di pejabat kerajaan.

“Saya menerima laporan yang menunjukka­n berlaku kutipan bayaran tidak sah di kementeria­n terutama di bahagian perkhidmat­an pelesenan,” katanya.

Menurutnya, dia bekerjasam­a dengan polis kerana amalan rasuah itu berkaitan dengan undang-undang jenayah.

Susulan laporan itu polis menjalanka­n siasatan dan memutuskan untuk membuat tangkapan selepas menemui bukti kukuh.

“Saya berterima kasih kepada polis kerana bekerja keras untuk menyelesai­kan kes ini,” jelasnya.

Sementara itu, Jokowi yang melawat pejabat Kementeria­n Pengangkut­an selepas tangkapan dibuat berkata, dia kesal kerana amalan rasuah masih berlaku di jabatan kerajaan.

“Saya mengarahka­n pegawai ini ditangkap, disiasat dan dipecat sekiranya didapati bersalah,” tegasnya.

FAKTA Amalan itu dikenali sebagai pungli di Indonesia

 ??  ?? JOKOWI (tengah) tiba di pejabat Kementeria­n Pengangkut­an selepas polis menangkap beberapa pegawai yang meminta bayaran secara tidak sah. Detik.Com
JOKOWI (tengah) tiba di pejabat Kementeria­n Pengangkut­an selepas polis menangkap beberapa pegawai yang meminta bayaran secara tidak sah. Detik.Com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia