Harian Metro

Pecah bilik teman serumah

-

Polis menahan sepasang kekasih selepas dipercayai memecah masuk bilik rakan serumah dalam kejadian di Pandan Jaya, Isnin lalu.

Difahamkan, dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 32 tahun yang bermalam di rumah kekasihnya lalu mengambil kesempatan memecah masuk bilik rakan serumah wanita itu dan melarikan gelang serta cincin emas.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis dan pemeriksaa­n pihak berkuasa pada lelaki itu menemui surat pajak gadai.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, mangsa berusia 24 tahun dikatakan tidak berada di rumah kerana pulang ke kampung.

“Siasatan yang dijalankan termasuk mengambil keterangan daripada teman serumah mangsa sebelum dia mengaku membenarka­n teman lelakinya bermalam di rumah itu,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut terhadap suspek mendapati lelaki terbabit memiliki sekeping surat pajak gadai bernilai

RM630.

Mahkamah Persekutua­n di sini, semalam, menetapkan tarikh lain bagi memberi keputusan permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepik­an sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadiny­a.

Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata demikian selepas kedua-dua pihak selesai berhujah.

Pendakwaan diwakili Ketua Unit Perbicaraa­n dan Rayuan, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid manakala Anwar diwakili peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Turut bersidang, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Gopal di dalam hujahnya membangkit­kan isu wujudnya konspirasi politik apabila terdapat kenyataan akhbar yang dikeluarka­n oleh Pejabat Perdana Menteri sejurus sabitan hukuman terhadap anak guamnya.

“Saya memohon mahkamah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia