Harian Metro

Ditahan tunggu bot pancung

-

Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Pengerang menahan seorang tekong darat bersama 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di kawasan hutan Bandar Penawar, Kota Tinggi, malam kelmarin.

Komander PPM Wilayah 2 Paul Khiu Khon Chang berkata, kesemua yang ditahan berusia enam tahun hingga 50-an terdiri daripada 41 lelaki, empat wanita dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki serta perempuan.

Katanya, mereka ditahan pada tiga serbuan berasingan bermula jam 9 malam hingga 11.30 malam.

“Pada Ops Landai yang dijalankan enam anggota PPM Pengerang, seorang lelaki warga Indonesia berusia 42 tahun yang juga tekong darat ditahan bersama 15 lelaki dewasa warga Indonesia yang cuba diseludup keluar.

“Setengah jam kemudian, pasukan serbuan menahan 11 lelaki dewasa warga Indonesia, kira-kira 200 meter dari lokasi tangkapan pertama. Pada serbuan ketiga jam 10.30 malam, 15 lelaki dewasa dan empat perempuan dewasa selain seorang kanak kanak lelaki dan perempuan ditahan di kawasan berhampira­n,” katanya.

Beliau berkata, warga asing terbabit sedang menunggu bot pancung untuk pulang ke Indonesia.

“Kami turut menemui kad pengenalan milik individu lain pada pemeriksaa­n dijalankan terhadap seorang daripada warga asing terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007 (Pindaan 2010) dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002),” katanya.

 ??  ?? TEKONG yang dipercayai cuba membawa pendatang warga Indonesia pulang ke negara asal.
TEKONG yang dipercayai cuba membawa pendatang warga Indonesia pulang ke negara asal.
 ??  ?? PPM menahan warga Indonesia yang cuba menyusup keluar ketika menjalanka­n Op Landai di kawasan hutan Ladang IBZI, Bandar Penawar, Kota Tinggi.
PPM menahan warga Indonesia yang cuba menyusup keluar ketika menjalanka­n Op Landai di kawasan hutan Ladang IBZI, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia