Harian Metro

Biarlah guna kaki palsu

„ Keluarga menaruh harapan ibu putus kaki akibat kemalangan dapat berjalan semula

- Mohd Hanafis Abdul Haris hanafis@hmetro.com.my

“Kami sekeluarga tetap menaruh harapan untuk melihat ibu kembali berjalan biarpun menggunaka­n kaki palsu,” kata Suziyana Tukinan, 24, anak sulung kepada Ida Suryanti Yunus, 45, mangsa kemalangan yang putus pergelanga­n kaki kanan dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Menanti di sini, Isnin lalu.

Kejadian jam 4.30 petang itu berlaku apabila Honda Wave ditunggang Ida Suryanti berlanggar dengan Honda City ketika dia menjemput anaknya, Siti Nurhaziqah, 17, yang baru habis kelas tambahan di sekolah berkenaan.

Menurut Suziyana, biarpun semakin stabil, ibunya kerap mengadu sakit pada kaki kanannya terutama selepas kesan ubat yang diambil berkuranga­n.

“Malah semalam (kelmarin), doktor ada memberitah­u dua tulang rusuk ibu retak. Walaupun tidak serius, ibu masih perlu mengikuti rawatan susulan,” katanya, semalam.

Suziyana berkata, ibunya akan menjalani fisioterap­i untuk proses pemulihan.

“Sebagai anak, sudah tentu saya mahu melihat ibu pulih. Kami berdoa ibu mampu berjalan semula walaupun dengan menggunaka­n kaki palsu,” katanya.

Menurut Suziyana yang berasal dari Parit Nawi, ketika kejadian, ibunya hanya menyedari pergelanga­n kakinya putus ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Selain itu, Ida Suryanti cedera di muka selain luka kecil di bahu dan lutut kiri.

Pengarah HPSF Dr Selahuddee­n Abd Aziz berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan dipantau petugas perubatan.

“Sekiranya tiada apa-apa komplikasi, mangsa mungkin dibenarkan keluar hospital minggu depan. Dia perlu meneruskan rawatan susulan di klinik atau hospital termasuk menjalani latihan fisioterap­i dan rehabilita­si,” katanya.

Sementara itu, sumber HPSF berkata, kaki Ida Suryanti tidak boleh disambung semula kerana kecederaan­nya teruk.

“Ada beberapa kriteria sekiranya kaki itu mahu disambung semula. Namun kaki mangsa tidak dapat disambung lagi akibat beberapa aspek termasuk urat sarafnya yang tidak berapa baik. Dia mungkin hanya boleh memakai kaki palsu bagi menjalani kehidupan harian,” katanya.

“Sekiranya tiada apa-apa komplikasi, mangsa mungkin dibenarkan keluar hospital minggu depan” Dr Selahuddee­n Abd Aziz

 ?? FOTO: SHAIFUL SHAHRIN AHMAD FAUZI ?? IDA Suryanti minum air yang diberikan Siti Nurhaziqah sambil diperhatik­an Suziyana.
FOTO: SHAIFUL SHAHRIN AHMAD FAUZI IDA Suryanti minum air yang diberikan Siti Nurhaziqah sambil diperhatik­an Suziyana.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia