Harian Metro

‘Sikit-sikit habis bayar hutang’

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

„ Peminjam PTPTN puas hati pinjaman pendidikan berjaya dilunaskan melalui bayaran konsisten

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa berpegang kepada konsep mesra pelanggan dan mempelbaga­ikan pendekatan untuk meringanka­n beban peminjam membayar balik pinjaman mereka.

Antaranya, kos pentadbira­n pinjaman pendidikan diturunkan daripada tiga peratus kepada satu peratus mulai Jun 2008 melalui konsep pembiayaan patuh syariah iaitu Ujrah (upah).

Pengecuali­an bayaran balik bagi pelajar yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian kelas pertama atau setaraf juga dilaksanak­an.

Tidak cukup dengan itu, PTPTN juga menyediaka­n pelbagai saluran bayaran balik bukan sahaja di kaunter PTPTN, tetapi juga melalui bank-bank utama, Pos Malaysia, perbankan Internet, bayaran balik menerusi potongan gaji, kaunter di pasar raya besar terpilih serta pengeluara­n Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan syarat tertentu.

Perkhidmat­an Eksekutif Pemasaran PTPTN turut disediakan secara percuma untuk membantu peminjam. Sehingga kini, terdapat lebih 500 Eksekutif Pemasaran yang boleh dihubungi pada bila-bila masa dan berjumpa di mana saja mengikut kesesuaian peminjam bagi mendapatka­n khidmat nasihat dan rundingan.

Memahami kesulitan dialami PTPTN selain menyedari tanggungja­wabnya sebagai seorang peminjam, Zakiah Muhamad, 35, berjaya melunaskan hutang pinjaman PTPTN miliknya pada 1 April lalu.

Walaupun hanya selepas 10 tahun baru dapat berbuat demikian, dirinya berpuas hati kerana menjadi seorang peminjam yang melakukan bayaran balik secara konsisten pada setiap bulan.

Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia FELDA Taib Andak, Kulai, Johor, ini juga tidak malu lagi untuk berhadapan dengan ibu dan bapanya yang acap kali bertanyaka­n mengenai hutangnya itu apabila dirinya pulang ke kampung halaman.

“Setiap kali pulang ke kampung, ibu dan ayah pasti bertanya mengenai bayaran balik pinjaman pelajaran saya dan mereka tidak putus-putus mengingatk­an bahawa apabila seseorang itu sudah berhutang, dia wajib melunaskan­nya.

“Saya faham dan disebabkan kesedaran serta ilmu agama yang diterapkan dalam diri oleh mereka, saya membayar pinjaman PTPTN sebanyak RM150 pada setiap bulan.

“Jumlah itu adalah mengikut kemampuan bulanan kerana saya juga mempunyai beberapa komit- men lain yang perlu dibayar,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Menurut Zakiah, kepelbagai­an saluran bayaran balik yang disediakan pihak PTPTN juga tambah memudahkan urusannya.

“Menerusi perbankan Internet, segalanya boleh dilakukan semudah dihujung jari saja pada masa kini dan itulah kaedah yang saya gunakan.

“Selain cepat dan menjimatka­n masa, ia juga meringkask­an urusan harian,” katanya yang membayar menerusi CIMB Bank (www.cimbclicks.com.my).

Sama seperti Zakiah, seorang lagi peminjam PTPTN, Mohd Zuhairi Harith, 30, boleh menarik nafas lega kerana bebanan hutang bulanannya kini sudah berkuranga­n.

Mula membayar balik pinjamanny­a pada sekitar 2010, Mohd Zuhairi memilih untuk melakukann­ya melalui kaedah potongan gaji setiap bulan.

“Saya memperuntu­kkan sebanyak RM100 pada setiap bulan bagi tujuan ini dan selepas hampir enam tahun, saya membuat keputusan untuk melakukan pembayaran penuh pada Ogos lalu.

“Saya tidak mahu berhutang lama-lama dan sebab itu keputusan ini diambil. Malah, isteri saya juga sudah melakukan perkara sama tetapi menggunaka­n saluran bayaran balik melalui pengeluara­n Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun II,” kata lulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM) ini.

Ditanya mengenai beberapa tindakan penguatkua­saan PTPTN bagi memastikan bayaran balik dilakukan oleh peminjam, termasuk senarai hitam melalui Jabatan Imigresen dan penyenarai­an dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), Mohd Zuhairi berpendapa­t ia adalah perlu dan wajar dilaksanak­an.

“Walaupun tindakan ini tidak disenangi pelbagai pihak, ia memberi kesan baik dalam memastikan peminjam menunaikan tanggungja­wab melaksanak­an bayaran balik pinjaman secara konsisten demi kesinambun­gan dana pendidikan untuk generasi akan datang.

“Bagi saya, penyenarai­an dalam CCRIS tidak mendatangk­an kesan yang buruk sebaliknya berjaya mengubah peminjam untuk memberi keutamaan membuat bayaran balik pinjaman PTPTN seiring dengan pinjaman lain yang dibuat melalui institusi kewangan,” katanya.

Sementara itu, langkah yang diambil PTPTN juga bukan untuk menekan mana-mana pihak sebaliknya menasihati peminjam yang ada masalah agar segera melakukan rundingan.

Turut bersetuju dengan cara PTPTN ini adalah Zaiton Shariff, 59, ibu kepada peminjam PTPTN, Siti Salimah Sheikh Mustaffa, 28.

Menurutnya, PTPTN tidak pernah memaksa peminjamny­a membayar semua jumlah yang dipinjam secara tunai, sekali gus sebaliknya memahami beberapa kesukaran dialami peminjam itu dengan meminta mereka untuk berunding.

“Contohnya, jika seorang peminjam itu masih belum bekerja dia boleh berjumpa PTPTN untuk membuat penstruktu­ran semula selain mengetahui dengan lebih lanjut inisiatif lain bagaimana mereka boleh melangsaik­an hutang itu.

“Saya rasa perkara itu amat mudah dilakukan kerana setahu saya, kaunter PTPTN sudah banyak dibuka di mana-mana saja selain boleh hubungi talian Careline atau layari laman web mereka jika terdapat sebarang kemusykila­n.

“Anak-anak zaman sekarang dah cukup senang dan bertuah dengan adanya PTPTN bagi membolehka­n mereka sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ketika zaman saya dulu, mak dan ayah terpaksa bergolok gadai sehingga menjual tanah pusaka untuk mendapatka­n duit menghantar anak ke universiti,” katanya.

Bagi Bukhori Othman, 57, alasan peminjam yang mempertika­ikan kadar upah sebanyak satu peratus itu masih tinggi sebagai lesen keengganan mereka membayar balik juga adalah tidak wajar.

Ini kerana, jumlah itu dilihat lebih rendah dan berpatutan berbanding institusi lain.

“Kos yang dikenakan itu juga patuh syariah yang disebut ujrah bermaksud upah. Di samping itu, dengan adanya pelbagai kemudahan lain disediakan oleh PTPTN, tidak ada alasan mengapa peminjam itu tidak boleh membayar balik melainkan dia mempunyai sebab kukuh lain yang membataska­nnya,” katanya.

 ?? Zaiton ?? Anak-anak zaman sekarang dah cukup senang dan bertuah dengan adanya PTPTN bagi membolehka­n mereka sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi”
Zaiton Anak-anak zaman sekarang dah cukup senang dan bertuah dengan adanya PTPTN bagi membolehka­n mereka sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi”
 ?? Bukhori ?? Dengan adanya pelbagai kemudahan disediakan PTPTN, tidak ada alasan mengapa peminjam itu tidak boleh membayar balik”
Bukhori Dengan adanya pelbagai kemudahan disediakan PTPTN, tidak ada alasan mengapa peminjam itu tidak boleh membayar balik”
 ?? Zakiah ?? Jumlah itu adalah mengikut kemampuan bulanan kerana saya juga mempunyai beberapa komitmen lain yang perlu dibayar”
Zakiah Jumlah itu adalah mengikut kemampuan bulanan kerana saya juga mempunyai beberapa komitmen lain yang perlu dibayar”
 ?? Mohd Zuhairi ?? Penyenarai­an dalam CCRIS berjaya mengubah peminjam untuk memberi keutamaan membuat bayaran balik pinjaman PTPTN”
Mohd Zuhairi Penyenarai­an dalam CCRIS berjaya mengubah peminjam untuk memberi keutamaan membuat bayaran balik pinjaman PTPTN”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia