Harian Metro

KUNCI MULUT

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

„ Idris buat luahan hati di Instagram

Sejak isu gambar bogel yang dikatakan mirip pelakon Idris Khan dan Atikah Suhaime tersebar di Internet, masing-masing mengambil pendekatan mengunci mulut selain enggan memberikan sebarang kenyataan kepada media.

Jejaka berdarah kacukan Melayu-Pakistan itu memuat naik gambar berserta kapsyen di akaun Instagram miliknya menggambar­kan luahan hati isu itu.

Bagaimanap­un, status itu dibuang beberapa jam kemudian.

“Mata tidak pernah senang dengan kejayaan manusia. Mata selalunya merah bila melihat manusia senang gembira. Hati tidak pernah lepas dari hasad. Hati selalunya busuk pada baik budinya jasad.

“Usah khuatir, biarkan kaki terus melangkah ke depan dengan gagah. Biarkan kaki menjadi bukti di atas setiap penganiaya­an ada balasan,” katanya.

Menerusi status sama, Idris sedikit pun tidak melatah sebaliknya sabar dan percaya dengan ketentuan Ilahi.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Berkuasa. Jika hari ini, kita tumbang kerana mulut dan kedengkian manusia. Esok kita akan bangkit dan melompat tinggi kerana kesabaran dan keberkatan.

“Ini hadiah dan kurnia daripada Tuhan. Aku senyum tanda sabar kerana aku Islam yang tidak pernah gentar,” kata pemilik nama sebenar Muhammad Idris Khan Abdul Ghaffar Iskandar Khan, 27, yang turut menyertaka­n ‘hashtag’ GodIsTheGr­eatest di hujung luahan. Pasir Puteh: Majlis Perundinga­n Islam (MPI) membabitka­n pakar dalam pelbagai agensi ditubuhkan bagi menangani isu anak luar nikah secara holistik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia juga perlu supaya kaedah penyelesai­an masalah itu dapat dicari.

“Penyertaan pakar, sektor dan universiti dalam majlis perundinga­n membolehka­n kita mengenal pasti masalah.

“Muzakarah jawatankua­sa MPI ini diadakan Disember depan dan berharap proses rawatan masalah tidak hanya di peringkat luaran tetapi secara holistik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? IDRIS
ATIKAH
IDRIS ATIKAH
 ??  ?? DR Asyraf
DR Asyraf

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia