Harian Metro

J Tagih tuah Hang Jebat

- Nazri Abu Bakar

sukan@hmetro.com.my urulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mohd Fauzi Pilus mengharapk­an Stadium Hang Jebat mampu membawa tuah buat anak buahnya yang akan berdepan Kedah pada saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia, Sabtu ini.

Sambil mengaku pemainnya sudah biasa dengan gelanggang berkenaan, beliau tetap mengharapk­an usaha dan sentuhan pemain melebihi apa yang dijangkaka­n dengan tidak semata-mata mengharapk­an tuah dan nasib semata-mata.

Justeru, beliau mahu anak buahnya mengambil kelebihan yang ada untuk mengatasi agregat 2-1 milik pelawat pada saingan pusingan pertama di Alor Setar sebelum ini.

Baki 90 minit permainan amat berharga untuk mereka memberikan yang terbaik dalam misi mencipta kemenangan mengejut ke atas skuad Helang Merah.

“Sepanjang musim ini kami beraksi dengan agak baik di stadium berkenaan dan kini kami bersaing di separuh akhir Piala Malaysia. Sehubungan itu, keserasian terbabit diharap mampu diulangi ketika aksi penting terbabit.

“Walaupun pada pusingan pertama Liga Super di Stadium Hang Jebat kami sekadar seri dengan Kedah, namun kali ini ia kesempatan terbaik buat pemain menebus kehampaan berkenaan,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, semua pemain sudah bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan itu namun beliau akan mengenal pasti pemain yang memiliki beberapa kelebihan diturunkan dalam kesebelasa­n utama.

Katanya, hanya kemenangan saja yang bakal menjamin pasukannya ke final Piala Malaysia dengan keutamaan ialah untuk

„ Fauzi harap anak buah dapat jerat Kedah di laman sendiri

menutup setiap ruang bagi mengelak gawang pasukan dibocori.

Baginya, kelebihan memihak kepada Kedah yang dibimbing jurulatih Tan Cheng Hoe tetapi saingan masih terbuka dan pasukannya tetap memiliki peluang yang tidak seharusnya dilepaskan.

Berikutan itu, beliau sudah mengenalpa­sti kekuatan dan kelemahan lawan yang perlu diberi perhatian ketika bertahan serta mengatur gerak untuk memburu gol kemenangan.

 ??  ?? PEMAIN PDRM selesa beraksi di stadium sendiri.
PEMAIN PDRM selesa beraksi di stadium sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia