Harian Metro

Tidak perlu jadi presiden

-

„ Tony sedia bantu bakal presiden baharu FAM tanpa kira jawatan apa digalas

Mungkinkah pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan dibantu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes untuk menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas ini?

Persoalan itu pantas timbul selepas Tony tampil dengan kenyataan beliau tidak perlu menjadi orang nombor satu FAM jika mahu membantu badan induk bola sepak negara itu.

“Masa masih panjang, jika mahu saya menyumbang, saya tidak perlu menjadi presiden. Banyak lagi peranan dan cara lain. Mungkin ada individu lebih baik untuk mengetuai FAM.

“Jika boleh bantu, saya akan melakukann­ya. Terpulang kepada persatuan bagaimana cara untuk saya membantu. Saya komited untuk membantu bola sepak Malaysia.

“Apa saja jawatan yang dapat (jika dicalonkan dan menang pemilihan), tidak penting. Jika mereka mahu saya melakukan sesuatu tidak kira tahap mana, saya bersedia,” jelasnya.

Tony adalah antara individu yang dikaitkan untuk mengisi jawatan yang bakal ditinggalk­an Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memutuskan untuk tidak lagi menerajui FAM.

Kongres ke-53 FAM yang membabitka­n pemilihan barisan kepimpinan badan induk bola sepak negara itu dijadualka­n berlangsun­g tahun depan walaupun pada asalnya, ia sepatutnya diadakan pada 2018.

“Saya cintakan bola sepak, anda boleh lihat sendiri akaun Twitter dan sebagainya milik saya di media sosial. Beberapa hari lalu, AirAsia FC (bersaing di Piala FAM) gagal melangkah ke final dan tidak mara ke Liga Perdana, saya tidak boleh tidur lena keesokan harinya.

“Kami komited, kami akan membina akademi AirAsia FC. Rancangan saya adalah membawa balik pengalaman di England dalam aspek sains sukan, pemilihan pemain dan sebagainya.

“Bola sepak adalah sesuatu yang saya sayang. Saya menyaksika­n bola sepak di Stadium Merdeka sejak berusia lima tahun,” kata pemilik kelab Queens Park Rangers itu.

 ??  ?? TONY tak lena tidur selepas AirAsia FC gagal ke Liga Perdana.
TONY tak lena tidur selepas AirAsia FC gagal ke Liga Perdana.
 ??  ?? TONY (kiri) komited dengan bola sepak.
TONY (kiri) komited dengan bola sepak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia