Harian Metro

Ramos mungkin kempunan jumpa Atletico

-

Madrid: Kapten Real Madrid, Sergio Ramos mungkin terlepas aksi musuh setempat menentang Atletico Madrid bulan depan selepas imbasan mendedahka­n kecederaan lutut dialaminya ketika beraksi untuk Sepanyol, Ahad lalu lebih buruk daripada jangkaan awal.

Ramos terseliuh ligamen tahap dua di kaki kirinya selepas terjatuh pada lewat babak kedua ketika kemenangan 2-0 Sepanyol di Albania, menurut Real dalam satu kenyataan semalam.

Kelab itu bagaimanap­un tidak menyatakan berapa lama Ramos terpaksa diketepika­n sekalipun media Sepanyol melaporkan dia mungkin tidak boleh beraksi selama enam minggu, bukannya empat minggu seperti laporan asal.

Selain terlepas aksi La Liga menentang Real Betis, Athletic Bilbao, Alaves dan Leganes serta dua perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Legia Warsaw, Ramos mungkin bergelut untuk cergas bagi kunjungan ke pendahulu La Liga Atletico pada 19 November.

Ramos turut diketepika­n bagi kelayakan Piala Dunia menentang Macedonia pada 12 November serta aksi persahabat­an bertemu England tiga hari kemudian.

Sekalipun Ramos bergelut dengan prestasi musim ini, ketiadaann­ya membimbang­kan buat juara Eropah itu, yang seri dalam empat perlawanan terakhir mereka dan juga tanpa dua pemain tengah Luka Modric dan Casemiro bagi sepanjang bulan ini.

Pemain kebangsaan Colombia James Rodriguez semakin pulih daripada kecederaan betis dialami ketika memanaskan badan sebelum seri 1-1 dengan Eibar di laman sendiri dua minggu lalu.

Rodriguez pulang bagi persiapan kelayakan Piala Dunia menentang Paraguay dan Uruguay namun tidak cukup cergas dan kembali semula ke ibu negara Sepanyol itu. - Reuters

 ??  ?? RAMOS (kanan) alami kecederaan pada kaki kiri selepas terjatuh.
RAMOS (kanan) alami kecederaan pada kaki kiri selepas terjatuh.
 ??  ??
 ??  ?? SILVA pamer aksi bertenaga apabila meledak hatrik.
SILVA pamer aksi bertenaga apabila meledak hatrik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia