Harian Metro

Petron ‘takluk’ Balai Berita

- Pizan Mustapa sukan@hmetro.com.my

„ NSTP gagal rangkul piala pusingan kejohanan persahabat­an sempena Hari Sukan Negara

Bagi menyokong penganjura­n Hari Sukan Negara, NSTP dan Petron Malaysia (NSTP-Petron) mengambil inisiatif untuk bekerjasam­a dengan menganjurk­an kejohanan sukan persahabat­an, Sabtu lalu.

Empat acara sukan dipertandi­ngkan iaitu futsal, badminton, bola jaring dan bola keranjang bertempat di Kompleks Sukan NSTP, Bangsar.

Kejohanan sukan kali kedua itu disertai 150 kakitangan NSTP-Petron dan buat kali pertama, penganjur menyediaka­n piala pusingan untuk pemenang keseluruha­n.

Kontinjen

NSTP diketuai Timbalan Pengerusi Kelab Sukan & Rekreasi NSTP Mohammad Anis Abdullah manakala Petron diterajui Ketua Hal Ehwal Korporat Petron Zaimi Harun.

Turut hadir, Ketua Dagangan Runcit Petron Faridah Ali dan Ketua Perniagaan Komersial Petron

Choong Kum.

Anis berkata, kejohanan itu bakal dijadikan acara tahunan bagi mengeratka­n hubungan antara NSTP dan Petron yang sudah terjalin sejak sekian lama.

“Kejohanan ini secara tidak langsung mengeratka­n hubungan NSTP dan Petron menerusi acara sukan disamping

Choy dapat memberi kesedaran kepada warga kerja mengenai kepentinga­n sukan yang mampu menjadi pemangkin kepada gaya hidup sihat,” katanya.

Kontingen Petron dinobatkan selaku juara keseluruha­n dan membawa pulang piala pusingan yang disampaika­n Zaimi.

 ??  ?? SEBAHAGIAN kakitangan NSTP dan Petron bergambar kenangan sempena Hari Sukan Negara.
SEBAHAGIAN kakitangan NSTP dan Petron bergambar kenangan sempena Hari Sukan Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia