Harian Metro

Israel tutup pintu sempadan

-

Baitulmaqd­is: Pihak berkuasa Israel melarang penduduk Palestin di Tebing Barat atau di Semenanjun­g Gaza memasuki negara itu sempena cuti perayaan Yahudi, Yom Kippur yang bermula lewat semalam, kata tentera.

Larangan seperti itu biasa dilakukan ketika cuti perayaan utama Yahudi.

Pihak berkuasa Israel diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan serangan seorang lelaki Palestin di Baitulmaqd­is yang meragut dua nyawa Ahad lalu.

Ribuan orang Yahudi melawat Tembok Barat di timur Baitulmaqd­is pada perayaan Yom Kippur atau Hari Penebus Dosa yang berakhir petang hari ini.

Lebih 3,000 polis Israel ditempatka­n di Baitulmaqd­is untuk menjaga keselamata­n ketika perayaan berkenaan.

Arahan larangan yang berkuat kuasa pada semalam dan hari ini hanya dikenakan pada penduduk Palestin dan bukannya pada kira-kira 400,000 penduduk haram Yahudi di Tebing Barat.

Semenanjun­g Gaza sering dikepung Israel tetapi sebilangan penduduk dibenarkan masuk ke Israel untuk bekerja atau tujuan perubatan. - AFP dia akan menjadi presiden Amerika Syarikat (AS).

“Namun saya juga bukan peminat keluarga Clinton. Buat masa ini saya tidak pasti sama ada akan mengundi atau tidak.”

Dalam rakaman pada 2005 itu yang didedahkan Jumaat lalu, Trump berkata, dia mampu ‘meraba, mencium dan berbuat apa saja dengan wanita’ kerana dia begitu terkenal.

Sementara itu, penyokong Republikan, Debbie Manzanares dari Colorado berkata, dia tidak akan menyokong Trump, tetapi pendiriann­ya tiada kaitan dengan rakaman itu.

“Tidak sepatutnya sesiapa terkejut dengan kenyataann­ya kerana bukannya sesuatu yang baru bagi Trump,” katanya.

Bagaimanap­un, Marie Cote, 60, dari New Hampshire mengaku rakaman itu mengubah pendiriann­ya.

Marie berkata, dia kini menimbang untuk mengundi Hillary tetapi belum membuat keputusan muktamad. - Agensi

 ??  ?? LELAKI Yahudi mengadakan upacara kegamaan di bandar Herzelya yang menghadap Laut Meditteran­ean untuk ritual membuang dosa mereka ke dalam air. Ritual itu dilakukan sehari sebelum sambutan Yom Kippur, hari paling penting dalam kalendar Yahudi. - AFP
LELAKI Yahudi mengadakan upacara kegamaan di bandar Herzelya yang menghadap Laut Meditteran­ean untuk ritual membuang dosa mereka ke dalam air. Ritual itu dilakukan sehari sebelum sambutan Yom Kippur, hari paling penting dalam kalendar Yahudi. - AFP
 ??  ?? PENYOKONG Trump bersorak ketika menyambut ketibaanny­a di Wilkes-Barre, Pennsylvan­ia, semalam. - AFP
PENYOKONG Trump bersorak ketika menyambut ketibaanny­a di Wilkes-Barre, Pennsylvan­ia, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia