Harian Metro

INI LAGI BESAR

„ Sarawak, Selangor, Perak bakal hadapi air pasang setinggi 5.7 meter akibat angin kencang barat daya

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Fenomena air pasang dijangka berlaku Ahad ini dianggarka­n lebih besar berbanding kejadian sama pada September lalu serta berterusan selama empat hari.

Timbalan Pengarah Institut Sains Samudera dan Bumi (IOES), Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, ramalan di laman ramalan cuaca dunia menjangkak­an beberapa kawasan di Sarawak, Selangor dan Perak menghadapi air pasang setinggi 5.7 meter berbanding paras direkodkan bulan lalu iaitu 5.6 meter.

“Faktor angin kencang barat daya berkemungk­inan besar mempengaru­hi keadaan ini menjadi lebih buruk sehingga mengakibat­kan banjir.

“Fenomena ini sebenarnya berkait dengan tarikan graviti bulan dan matahari ditambah kita juga baru memasuki fasa bulan penuh. Tarikan graviti terjadi ketika bumi, bulan dan matahari berada dalam keadaan selari hingga menghasilk­an air pasang yang tinggi daripada biasa,” katanya.

Menurut ramalan di laman cuaca dunia, Kuching dan Sungai Sarawak di Sarawak masing-masing akan mencatatka­n aras air pasang pada ketinggian sehingga 5.74 meter dan 5.6 meter.

Di Selangor, air pasang di Pelabuhan Klang dijangka setinggi 5.35 meter, Sungai Besar (4.79 meter) dan Tanjung Karang (4.23 meter) manakala Bagan Datoh, Perak (3.32 meter) dan Port Dickson,

Negeri Sembilan serta Kuala Batu Pahat, Johor air pasang dijangka setinggi 3.27 meter.

Dr Azizan berkata, air pasang adalah satu kejadian biasa dan akan berlaku ketika bulan baru dan bulan purnama.

“Namun, sekiranya diikuti tiupan angin kencang serta hujan lebat yang turun serentak, ia menjadikan air laut bergelora seterusnya melimpah dengan banyaknya ke daratan.

“Ombak besar berlaku disebabkan tarikan daya graviti antara bulan dan matahari yang menarik air laut di bumi.

“Kesan tarikannya berbeza setiap kali pusingan bulan kerana orbit bulan mengelilin­gi bumi dalam bentuk bulatan tidak sempurna. Sebab itu, ada kalanya bulan berada dekat dengan bumi, manakala ada ketikanya ia berada jauh dari bumi,” katanya.

Dalam fenomena air pasang besar September lalu, empat negeri iaitu Selangor, Kedah, Perlis dan Perak terjejas khususnya kawasan perumahan atau kampung berhampira­n laut.

Seramai 1,809 penduduk dari beberapa kawasan di tiga negeri iaitu Kedah, Perak serta Selangor dipindahka­n ke pusat pemindahan, namun dibenarkan pulang selepas keadaan kembali normal.

 ?? FOTO: HASSAN OMAR ??
FOTO: HASSAN OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia