Harian Metro

Perompak hotel bajet ditahan dalam keadaan khayal

-

Seorang lelaki yang terbabit dalam enam kes rompakan hotel di sekitar bandar raya ini ditangkap dalam keadaan khayal di rumah tumpangan di Jalan Rock di sini, kelmarin.

Suspek berusia 32 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, pada jam 12.35 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk

Dev Kumar berkata, suspek menyasarka­n merompak hotel bajet sebagai lokasi dan kes pertama berlaku di hotel bajet di Jalan Lapangan Terbang, jam 10.20 pagi, 2 Oktober lalu.

“Kes kedua berlaku pada 5 Oktober lalu di hotel bajet di Taman Satria Jaya, di sini, seterusnya pada 7 Oktober, suspek melakukan tiga rompakan di Jalan Padungan jam 2.20 pagi, Jalan Song Thian Cheok (5.30 pagi) dan di Jalan Lapangan Terbang (7.25 malam).

“Kejadian keenam berlaku pada jam 4.20 pagi, Sabtu lalu di Jalan Rock, di sini. Dalam rompakan itu, seorang penyambut tetamu wanita cedera di tapak tangan dan menerima 18 jahitan ketika cuba menahan libasan parang suspek,” katanya.

Dev berkata, suspek menggunaka­n modus operandi sama iaitu berlakon sebagai pelanggan dan menakutkan mangsa dengan parang.

“Rompakan ketujuh berlaku pada jam 9.30 malam, Ahad lalu dan kali ini membabitka­n kedai kek di Taman BDC, di sini.

“Seorang pekerja yang ketakutan bersembuny­i dalam tandas, tetapi suspek memaksanya keluar dan mengarahka­nnya menyerahka­n wang,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK kes rompak dibawa ke IPD Kuching.
SUSPEK kes rompak dibawa ke IPD Kuching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia