Harian Metro

‘DERITAMU, DERITAKU’

„ Wanita hidap barah payudara tahap 3 abaikan rawatan demi pastikan anak tunggal kekal sihat

- Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

“Saya sanggup abaikan rawatan kimoterapi dan radioterap­i semata-mata untuk menyelamat­kan nyawa anak. Saya tidak sanggup melihat dia menanggung kesakitan keseoranga­n tanpa saya di sisi,” itu luah Suhaida Mohamad, 42, yang menghidap kanser payudara tahap tiga.

Biarpun terpaksa menahan kesakitan sejak setahun lalu, ibu beranak satu itu sanggup mengabaika­n kesihatan dirinya yang memerlukan rawatan kanser segera semata-mata ingin memastikan anak tunggalnya, Muhammad Danish, 11, sembuh sepenuhnya selepas menjalani rawatan bagi kanser tulang tahap empat.

Menceritak­an kembali, Suhaida dan Muhammad Danish menghidap kanser pada waktu yang lebih kurang sama iaitu setahun yang lalu namun keutamaan diberikan kepada Muhammad Danish kerana tiada apa yang dapat menandingi kasih seorang ibu.

“Saya sudah sedar lama kewujudan ketulan di payudara sebelah kiri, namun Muhammad Danish pada ketika itu mula menunjukka­n tanda kanser tulang dan saya terus lupakan niat untuk pergi berubat.

“Bagaimana saya sanggup meninggalk­an Muhammad Danish bersama bapanya saja di hospital yang pada ketika itu boleh dikatakan waktu yang kritikal kerana kaki kiri anak mula membengkak luar biasa dan terpaksa menanggung sakit sepanjang masa yang tidak boleh digambarka­n. “Sejak kecil lagi Muhammad Danish tidak pernah berpisah dengan saya dan mustahil untuk saya tinggalkan dia pada saat dia memerlukan ibu di

>>Suhaida dan Muhammad Danish hidap kanser kira-kira setahun yang lalu

sisinya. Biarpun saya terpaksa berlakon kuat di depan anak, saya reda sehingga dia betul-betul sihat,” katanya.

Menurut Suhaidah, dia tidak mempunyai pilihan dan terus mengabaika­n kesihatann­ya biarpun mendapat nasihat berulang kali daripada pihak hospital untuk menumpukan perhatian terhadap rawatan penyakitny­a.

“Jika saya jalani kimoterapi dan disusuli radioterap­i, saya perlu duduk di hospital berbulan-bulan lamanya. Bagaimana saya mahu menjaga Muhammad Danish sehingga dia betul-betul sihat.

“Saya menjadi lebih bimbang akan keadaan Muhammad Danish selepas doktor terpaksa membuang kaki kirinya disebabkan kanser tulang yang sudah merosakkan saluran darah bermula dari pangkal paha.

“Saya masih belum boleh berehat apabila doktor memaklumka­n kanser tulang anak sudah merebak ke paru-paru dan pembedahan segera perlu dilakukan untuk membuang bahagian paru-paru yang terjejas,” katanya.

Katanya, pada saat doktor terpaksa membuang kaki kiri anaknya, dia semakin sibuk mengubah suai keadaan rumah supaya anaknya selesa selain memikirkan cara untuk menggembir­akan hati anak lelaki tersayangn­ya itu.

“Biarlah apa nak jadi pun dengan tubuh ini. Saya lebih senang hati berada di sisi Muhammad Danish berbanding menjalani rawatan di hospital.

“Pernah sekali saya bermalam di hospital untuk mengambil sampel tisu di bahagian payudara kiri dan ternyata hati dan fikiran saya gelisah memikirkan keadaan Muhammad Danish.

“Betul sangkaan saya bahawa Muhammad Danish meracau dan murung kerana mahukan saya di sisinya. Biarpun suami ada untuk menggantik­an

tempat saya, namun tidak sama jika ibu yang menjaga,” katanya.

Katanya, buat masa ini dia tidak ada perancanga­n untuk menjalani sebarang rawatan kanser secara serius kerana kesihatan Muhammad

Danish lebih penting, ditambah dengan keadaan emosi kanak-kanak itu yang tidak stabil selepas kehilangan kaki kirinya.

“Adakalanya saya lupa yang saya juga menghidap kanser, namun selepas beberapa kali muntah dan lemah badan barulah saya tersedar. Namun, tidak lama selepas itu saya akan tumpukan perhatian semula kepada Muhammad Danish.

“Waktu tidur saya juga sudah tidak teratur kerana anak kerap terbangun pada tengah malam dan saya perlu pastikan dia tidak mengalami kesakitan. Semua kepayahan dan kesakitan saya melayang begitu saja apabila dapat melihat anak tersenyum,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Danish yang masih lemah selepas pembedahan kaki kirinya sempat menyatakan terima kasih kepada ibunya yang sanggup berkorban untuknya biarpun dia mengetahui tiada lagi rawatan untuk mengubati kansernya itu.

“Terima kasih banyak-banyak ibu. Adik tahu adik banyak susahkan ibu. Tapi adik memang tidak boleh jauh dengan ibu,” itulah luahan Muhammad Danish yang tidak lekang daripada mulutnya sejak menderita penyakit berkenaan.

 ?? Suhaida Mohamad ?? MUHAMMAD Danish selepas menjalani rawatan. SUHAIDA bersama Muhammad Danish menghidap kanser tulang tahap 4 di kediaman mereka di Kampung Assam Jawa, Bukit Rotan. Saya sudah sedar lama kewujudan ketulan di payudara sebelah kiri, namun Muhammad Danish...
Suhaida Mohamad MUHAMMAD Danish selepas menjalani rawatan. SUHAIDA bersama Muhammad Danish menghidap kanser tulang tahap 4 di kediaman mereka di Kampung Assam Jawa, Bukit Rotan. Saya sudah sedar lama kewujudan ketulan di payudara sebelah kiri, namun Muhammad Danish...
 ??  ?? KEADAAN Latchumy yang parah selepas dihempap dahan pokok durian tumbang di Durian Tunggal, Alor Gajah.
KEADAAN Latchumy yang parah selepas dihempap dahan pokok durian tumbang di Durian Tunggal, Alor Gajah.
 ?? FOTO: SADDAM YUSOFF ?? ANTARA permainan lego milik Muhammad Danish.
FOTO: SADDAM YUSOFF ANTARA permainan lego milik Muhammad Danish.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia