Harian Metro

AWIE DAKWA ISTERI DISIHIR

„ Awie dakwa isteri kena tempias sihir hingga terpaksa berubat di Yala

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Selepas melangsung­kan pernikahan dengan isteri Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 29, pada 7 Oktober lalu, penyanyi dan pelakon popular Awie, 48, mendakwa masih diganggu ‘sihir’ dipercayai dilakukan individu dikenaliny­a.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Osman melangsung­kan pernikahan di Songkhla, Thailand kerana mahu mengelak diganggu pihak terbabit. Sebelum ini, Awie mendakwa dia mengalami sakit kaki misteri. Dia tidak berasa sakit sekiranya kaki dipegang, dicubit atau ditampar tetapi akan berasa terlalu sakit jika memijak lantai hingga dia berjalan menggunaka­n tongkat.

Awie ketika dihubungi berkata, hingga hari ini sakit di bahagian kaki itu masih belum sembuh sepenuhnya.

Lebih membimbang­kan Awie, isterinya terkena tempias sama.

“Sehari selepas bernikah, kami merancang untuk mengadakan sesi fotografi. Namun, isteri saya mengalami muntah-muntah hingga tubuhnya tidak berdaya.

“Panik dengan situasi itu, saya cuba dapatkan rawatan daripada seorang ustaz di kawasan itu. Malah, saya sanggup ke Yala yang jaraknya 100 kilometer dari Songkhla untuk berjumpa dengan ustaz itu yang berada di sebuah sekolah pondok di sana,” katanya.

Menurut Awie, dia dimaklumka­n isterinya juga terkena sihir daripada individu sama.

Awie yang juga pelakon filem Bikers Kental memaklumka­n, dia berdepan dengan pelbagai halangan sebelum berlangsun­gnya majlis pernikahan.

“Beberapa perkara pelik berlaku membuatkan saya berasa tak sedap badan. Pendek kata macam-macam halangan berlaku terhadap saya,” katanya.

“Sehari selepas bernikah, kami merancang untuk mengadakan sesi fotografi. Namun, isteri saya mengalami muntah-muntah hingga tubuhnya tidak berdaya

Awie

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia