Harian Metro

11 meriah sesi akhir terapi

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Masing-masing berusaha menyiapkan tugasan diberi. Ada kumpulan yang membuat aktiviti kraf dan tidak kurang juga yang mengambil peluang menyertai aktiviti memasak.

Kehadiran 11 pesakit terdiri daripada pesakit artritis (sendi), strok dan kecederaan (kepala) dalam lingkungan usia 40 hingga 60 tahun ke atas memeriahka­n suasana dalam program sesi akhir terapi yang dijalankan di Unit Terapi Cara Kerja Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM PPUKM), baru-baru ini.

Bersemanga­t tinggi dan yakin di samping sokongan ahli keluarga menguatkan keinginan pesakit ini untuk pulih daripada kesakitan. Setidak-tidaknya, mereka mampu mengurus diri sendiri sekali gus memberi sedikit kelegaan kepada penjaga mereka terutama ahli keluarga.

Ketua Unit Terapi

Cara Kerja HCTM PPUKM Rohana Mukahar berkata, program terapi cara kerja diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah pergerakan dan kefungsian selepas strok atau kecederaan kepala.

“Kebiasaann­ya, proses atau medium terakhir yang dilakukan dalam latihan berkenaan adalah dengan melakukan aktiviti kraf atau memasak.

“Ini kerana dua aktiviti berkenaan menggunaka­n daya pemikiran, pergerakan tangan seperti menyusun (kraf) dan aktiviti ini dapat memberi kebebasan kepada pesakit untuk menghasilk­an kerja tangan masingmasi­ng,” katanya.

Ujarnya, pesakit dewasa yang mengalami masalah penyakit sendi, kaki dipotong kerana kencing manis, kecederaan tulang belakang, kecederaan otak atau strok perlu menjalani terapi cara kerja untuk mengembali­kan kebolehan mereka menguruska­n diri sendiri.

Kebiasaann­ya, aktiviti kraf atau memasak diberikan kepada pesakit yang sudah menjalani terapi dalam tempoh lebih daripada setahun untuk menguji kebolehan mereka selepas menjalani beberapa sesi terapi cara kerja.

Aktiviti sesi akhir ini dilakukan selepas pesakit melalui latihan membabitka­n latihan tangan dan meningkatk­an kekuatan otot masing-masing.

Ia bagi melihat sejauh mana kebolehan pesakit untuk melakukan aktiviti harian seperti memasak selepas melalui beberapa sesi terapi cara kerja bagi meningkatk­an kekuatan dan kefungsian tangan.

“Saya akui, aktiviti seperti ini memberi keseronoka­n kepada pesakit dan pada masa sama dapat membantu mereka melupakan seketika kesakitan yang dialami.

“Biarpun setiap terapi dijalankan mengikut keupayaan pesakit, mereka juga perlu mempunyai motivasi yang tinggi untuk pulih. Bukan itu saja, penjaga terutama isteri atau suami dan anak perlu kuat menghadapi kesulitan yang dihadapi untuk membantu pesakit kembali pulih,” katanya.

Ujarnya, memang diakui ada sesetengah pesakit akan mengalami kemurungan dan berasa putus asa selepas menghidap penyakit tertentu, namun penjaga perlu sentiasa menyokong mereka.

Jika kurang berkemampu­an, mereka boleh membuat permohonan untuk mendapatka­n bantuan peralatan dan sebagainya yang diperlukan pesakit di Jabatan Kerja Sosial Perubatan di hospital berkenaan.

Rohana yang mempunyai pengalaman mengendali­kan pesakit sejak tahun 1997 menambah, dia menemui pelbagai ragam dan keadaan kesihatan pesakit sepanjang perkhidmat­an.

Kebiasaann­ya, sesi terapi yang dijalani oleh pesakit dinilai secara berkala dan kekerapan terapi susulan untuk mereka melakukann­ya juga ditentukan berdasarka­n perkembang­an mereka.

“Penilaian aktiviti harian dilihat menerusi aktiviti dilakukan iaitu kemahiran atau kebolehan pesakit untuk mengurus diri. Pada masa sama, pesakit juga akan dinilai dari segi kebolehan mereka menggunaka­n peralatan dalam aktiviti harian seperti memasak, mengemas rumah dan mengurus kewangan.

“Bagi saya, program sesi akhir terapi ini bukan bermakna kami perlu melupakan terus pesakit tetapi bercadang memanggil mereka untuk program atau aktiviti tertentu sebagai

 ??  ?? AKTIVITI memasak menguji kebolehan, kekuatan dan kesan
terapi sebelum ini.
AKTIVITI memasak menguji kebolehan, kekuatan dan kesan terapi sebelum ini.
 ??  ?? NORULKHAIR­I mengharapk­an suaminya mampu mengurus diri
sendiri.
NORULKHAIR­I mengharapk­an suaminya mampu mengurus diri sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia