Harian Metro

Dani FC, Diva FC bergaya

-

Kuala Lumpur: Penat lelah Dani FC bersaing dengan 64 pasukan jabatan kerajaan dan kelab persendiri­an berbaloi apabila mereka menjuarai Kejohanan Futsal SPANCO 2016, kelmarin.

Dani FC muncul juara yang menawarkan ganjaran tunai RM1,000 selepas menundukka­n JPN (ZulFF) 1-0. JPN membawa pulang hadiah RM800.

SPANCO organisasi swasta tunggal yang menyertai penganjura­n acara sukan bersempena Hari Sukan Negara di seluruh negara.

Kapten Dani FC, Wan Mohd Faiz Wan Jaafar berkata, pasukannya menempuh laluan sukar dan hampir tersingkir apabila hanya seri pada suku akhir.

“Penentuan sepakan penalti melayakkan kami ke peringkat seterusnya dan cabaran berjaya dilalui dengan lancar hingga akhirnya bertemu JPN.

“Lawan final kami pasukan yang bagus dan pertahanan mereka ampuh hingga akhirnya dapat ditembusi penjaring kami Mohd Muzaffar Mohd Johar,” katanya ketika ditemui selepas penyampaia­n hadiah Pengarah Eksekutif SPANCO, Peter Lim di Uptown Sports Futsal, Bandar Baru Bangi di sini.

Kejohanan itu dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan yang melakukan sepak mula di gelanggang utama. Hadir sama Ketua Pegawai Operasi SPANCO, Datuk Azman Idris.

Kejohanan yang disertai wakil jabatan dan agensi kerajaan serta kelab persendiri­an itu menyaksika­n Gago FC dan MBK-FT, masing-masing di tempat ketiga dan keempat membawa pulang hadiah wang tunai RM600 dan RM400.

Bagi kategori wanita yang disertai enam pasukan pula, Diva FC mengunggul­i kejohanan apabila menumpaska­n Irdina FC. Turut tersenarai Lady Bugs dan Outcast di tempat ketiga dan keempat.

 ??  ?? PEMAIN Dani FC meraikan kejayaan muncul juara.
PEMAIN Dani FC meraikan kejayaan muncul juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia