Harian Metro

Sanggup tolak gaji lumayan

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Shah Alam: Dia ada peluang bekerja di tempat lain dengan gaji lumayan, namun mengambil keputusan menabur bakti menjadi guru agama dalam pengajian Islam dan al-Quran di Rumah Perlindung­an Saffiyah, di sini, hampir tiga tahun lalu.

Azmi Yaakob, 30, yang berkelulus­an Sarjana Muda Matematik dari sebuah Universiti Awam (UA) dan sekolah pondok di Perak mengakui matlamatny­a mahu memperjuan­gkan nasib asnaf riqab (terbelengg­u dan tiada kebebasan diri) sama seperti anak syurga yang menetap di pusat berkenaan.

“Sebenarnya pengalaman membesar di rumah anak yatim selepas kematian ayah dan belajar membantu ibu berniaga kecil-kecilan untuk menyara hidup membuatkan saya ke sini.

“Sebelum ini, saya pernah menjadi guru pelatih di sekolah rendah dan mengajar tuisyen, tetapi saya berhenti, malah saya mempunyai perniagaan pasar raya mini sendiri juga saya lepaskan kepada rakan.

“Saya lepaskan semuanya dan yang saya ada untuk berada di sini kerana saya tahu bukan semua orang sanggup kerja dalam bidang ini kerana tawaran gaji rendah serta cabaran lebih besar,” katanya.

Menurutnya, dia perlu kreatif dan bersikap matang ketika berdepan dengan anak syurga itu yang kebanyakan latar belakang kehidupan mereka tidak sama seperti kanak-kanak lain.

“Saya akui bukan mudah menangani dan ingin bawa anak syurga ini hidup berperatur­an kerana mereka pernah hidup di jalanan.

“Walaupun ramai guru terlatih di sini, kami perlu kreatif dan bersabar untuk menangani kanak-kanak ini kerana majoritiny­a keciciran sekolah, tidak minat belajar dan mempunyai masalah pembelajar­an.

“Insya-Allah saya kekal di sini selagi mana khidmat saya diperlukan walaupun gaji ditawarkan sedikit rendah berbanding tempat lain, tetapi saya bersyukur Allah menjentik hati saya supaya berbakti,” katanya.

Sementara itu, bagi Siti Fateha Sazeli, 13, dia gembira dapat berlindung di Rumah Perlindung­an Saffiyah sejak awal tahun ini serta berpeluang menimba ilmu.

“Dulu saya tak tahu menulis, mengeja, membaca dan mengira langsung, tetapi kini saya pandai semuanya selepas diajar cikgu di sini.

“Saya suka duduk sini ada ramai kawan dan cikgu pun baik-baik.

“Saya berjanji belajar bersungguh-sungguh menjadi doktor haiwan seperti yang saya selalu tengok dalam televisyen kerana saya sukakan kucing,” katanya.

Shah Alam

Tidak mahu terlampau bergantung harap bantuan pihak lain, seorang ibu tunggal sanggup merantau ke luar negara menjana pendapatan sendiri menggunaka­n kemahiran dimiliki bagi memenuhi keperluan rumah perlindung­an yang dibinanya sejak 2012.

Mihyatul Hussnna Mat, 42, berkata, keperluan memberi kehidupan sempurna kepada 86 anak gelandanga­n berusia antara lima hingga 16 tahun yang menghuni Rumah Perlindung­an Safiyyah (Rumah Saffiyah) di Alam Jaya di sini, membuka hatinya keluar mencari sumber kewangan bagi kelangsung­an pusat itu.

Dia yang mempunyai kepakaran dalam bidang latihan kemahiran dan motivasi pembanguna­n modal insan menggunaka­n kelebihan itu bagi menjana pendapatan sendiri bermula dari dalam negara dan berkembang ke luar negara.

“Rumah Saffiyah pada mulanya dibina menggunaka­n kewangan saya yang mengusahak­an perniagaan dobi kecil-kecilan serta sebagai syarikat penyedia latihan kerjaya dan motivasi selain dibantu adik beradik.

“Tetapi, lama kelamaan keperluan rumah ini semakin meningkat dan secara kebetulan saya juga dapat peluang untuk mengembang­kan kemahiran dan kepakaran ke luar negara bermula dari Abu Dhabi dengan menawarkan kepakaran pembanguna­n latihan melalui syarikat yang menguruska­n penyelengg­araan kapal terbang tentera di sana.

“Pembabitan saya adalah membangunk­an kurikulum latihan bagi melatih semula tenaga kerja mereka terdiri daripada mekanik, juruteknik dan pengurusan mengenai prosedur dan tatacara membangunk­an bahan latihan,” katanya..

Menurutnya, bermula dari situ, kerjayanya di luar negara semakin berkembang apabila mula mendapat kepercayaa­n mengendali­kan program berbentuk latihan dan pembanguna­n diri dan modal insan organisasi.

“Kami juga ada usahasama dengan pihak Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam membangunk­an program laluan latihan yang kelulusan sijilnya dikeluarka­n University of Limerick, Ireland.

“Selain itu, saya mendapat latihan terapi seni ekspresif dari Institute of Australia sebelum di-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia