Harian Metro

Gempar jumpa mayat terapung

- Mohd Hanafis Abdul Haris hanafis@hmetro.com.my

Orang ramai yang berurusan di Jeti Stulang Laut, di sini, gempar dengan penemuan mayat lelaki tanpa identiti yang ditemui dalam keadaan terapung berdekatan kawasan berkenaan, semalam.

Berikutan penemuan mayat berkenaan, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru dikerah mengangkat mayat lelaki terbabit dari laut selepas menerima panggilan daripada polis pada jam 9.10 pagi.

Pegawai Operasinya K Karupanan berkata, dua jentera bersama 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Tidak salahkan jika graduan jurutera jual nasi lemak.

“Rezeki saya kini lebih kepada jual nasi lemak namun tidak bermakna saya lupakan cita-cita bergelar jurutera,” kata gadis yang viral dengan perniagaan­nya, nasi lemak anak dara, Siti Hajjar Ahmad, 24.

Siti Hajjar berkata demikian sebaik menerima Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Elektronik pada sidang kedua Majlis Konvokesye­n ke-16 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, semalam.

Ijazah terbabit disampaika­n Pro-Canselor UTHM Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Siti Hajar berkata, dia gembira apabila usaha dan cita-citanya menggengga­m segulung ijazah dalam bidang kejurutera­an tercapai.

“Saya bersyukur dan agak beremosi hari ini kerana ibu turut hadir di sisi saya.

“Saya tetap memberi fokus terhadap perniagaan nasi lemak namun turut merancang mencari pekerjaan dalam bidang dipelajari,” katanya yang juga anak kelahiran Sungai Petani, Kedah yang ditemani ibunya, Asmah Senapi, 50, dalam majlis konvokesye­n itu.

Menurutnya, dia tidak pernah menyangka mendapat perhatian sebegitu rupa, namun menganggap­nya rezeki untuk membantu ibunya dan adik-beradik lain.

Katanya, dia sebenarnya

„ Gadis viral jual nasi lemak anak dara minta izin ibu untuk berniaga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia