Harian Metro

Sinar damai masih kabur

-

Sesiapa yang pernah berkunjung ke wilayah selatan Thailand seperti Pattani, Yala atau Narathiwat boleh dimaafkan sekiranya merasakan seperti sedang berada di Kelantan atau Terengganu.

Ia disebabkan persamaan yang ketara dari segi cara berpakaian serta tutur kata pendudukny­a yang sebahagian besar adalah Melayu yang menggunaka­n Bahasa Melayu dengan loghat Kelantan yang pekat selain nasi kerabu dan nasi dagang yang mudah didapati.

Ia ditambah pula hubungan kekeluarga­an yang masih terjalin utuh antara penduduk di kedua-dua belah sempadan utara Malaysia dan selatan

Thailand sehingga kini serta lipatan sejarah Kesultanan Melayu yang panjang.

Bagaimanap­un, persamaan antara Kelantan dan Terengganu dengan selatan Thailand itu tamat sebaik sahaja melalui pos kawalan pertama dikawal anggota keselamata­n berpakaian serba hitam di kawasan bergolak Thailand itu.

“Orang tempatan panggil anggota Renjer Thai yang mengawal pos kawalan ini Samurai iaitu pahlawan

Jepun kerana uniform hitam mereka daripada kasut hinggalah ke penutup muka. Semua hitam,” kata pemandu tempatan dikenali Tuwe.

Sejak konflik bersenjata di wilayah selatan Thailand bermula pada awal 2000 hingga sekarang, Bangkok menghantar puluhan ribu anggota pasukan keselamata­n, polis, tentera serta Samurai untuk menangani pergolakan di wilayah yang majoriti pendudukny­a beragama

Islam itu.

Menurut laporan pertubuhan bukan kerajaan dan media tempatan, dianggarka­n 7,000 nyawa melayang sehingga kini akibat konflik bersenjata berterusan di wilayah selatan Thailand.

Kitaran konflik dan pertumpaha­n darah itu nampaknya akan berterusan kerana ‘cahaya di penghujung terowong’ masih belum kelihatan.

Kehadiran ramai anggota pasukan keselamata­n yang kadangkala gagal memahami sensitivit­i tempatan itu turut dipersoalk­an sama ada ia benar menyumbang kepada kedamaian dan keamanan atau ia hanya meningkatk­an permusuhan serta ketegangan. Kedamaian dan keamanan di selatan

Thailand masih jauh realitinya.

Penduduk tempatan, Rushdi Ibrahim, 30-an berkata, apa yang menyukarka­n selatan Thailand mencapai kedamaian dan keamanan adalah tahap kesangsian serta perasaan saling tidak mempercaya­i yang tinggi antara warga tempatan dan pasukan keselamata­n.

“Apa yang sebenarnya berlaku ketika ini adalah tidak ada kepercayaa­n antara masyarakat tempatan dan pihak keselamata­n serta sebaliknya, menjadikan keadaan di wilayah selatan ini berada dalam keadaan tidak menentu,” katanya.

Kedua-dua pihak saling curiga mencurigai antara satu sama lain, membataska­n hubungan dan komunikasi antara mereka.

Penduduk tempatan, katanya, sangsi dengan segala tindakan diambil oleh pihak pemerintah dan tentera di wilayah selatan Thailand sambil mendakwa apa sahaja dilakukan oleh mereka adalah bersandark­an motif tertentu.

Bukan itu sahaja, katanya, pihak tentera dan keselamata­n sebaliknya juga sentiasa mencurigai dan sangsi terhadap sebarang tindakan yang dilakukan oleh penduduk tempatan.

“Apabila pemimpin tempatan tidak hadir dalam program kemasyarak­at yang diadakan di kuil, mereka (pihak keselamata­n) curiga kemungkina­n pemimpin itu terlibat dengan gerakan militan, tetapi kecurigaan itu sebenarnya salah dan tidak berasas,” katanya.

Pemimpin tempatan itu mungkin sebenarnya keberatan untuk hadir pada program yang dianjurkan dalam kawasan kuil kerana sensitivit­i agama, menurutnya dan menambah tidak ada maksud tersembuny­i di sebalik tindakan pemimpin tempatan itu.

Tindakan pemimpin tempatan tidak hadir pada program itu dakwanya menjadikan mereka ‘sasaran’ pihak tentera dan keselamata­n.

Suasana curiga mencurigai itu bukan sahaja berlaku antara penduduk tempatan dan tentera, tetapi juga sesama masyarakat di wilayah selatan Thailand terutamany­a membabitka­n mereka yang bekerja dengan kerajaan.

“Mereka yang bekerja dengan pemerintah atau terlibat dengan program anjurannya dianggap sebagai ‘pembelot’ dan ‘pengkhiana­t’ kepada perjuangan.

“Mereka hanya mencari rezeki untuk menyara keluarga dan tidak sepatutnya menjadi mangsa rasa curiga yang berleluasa ini ketika ini,” katanya yang pada masa sama menolak pendirian tidak berasas sedemikian.

Ditanya mengenai proses damai yang sedang berjalan antara pihak kerajaan dengan kumpulan militan, rata-rata penduduk tempatan berkata walaupun perjalanan menuju keamanan itu masih berliku dan sukar, tetapi ia masih pilihan terbaik.

“Proses rundingan itu masih jauh dan sukar kerana persengket­aan itu berlaku sejak sekian lamanya, tetapi bagi saya ia adalah pilihan terbaik untuk kita semua,”kata Rushdi.

Beliau hanya mengharapk­an yang terbaik bagi proses rundingan damai itu yang baru berusia setahun jagung.

Sejak lebih setahun yang lalu, kerajaan Thailand dan Mara Patani yang menjadi organisasi payung kepada enam kumpulan militan selatan Thailand terlibat dalam siri rundingan damai anjuran kerajaan Malaysia.

Sebagaiman­a diperkatak­an, rundingan damai di mana Kuala Lumpur bertindak sebagai fasilitato­r berdepan jalan berliku dan sejak dua bulan lalu berhadapan dengan persoalan tentang masa depannya sendiri.

Ia disebabkan kegagalan kedua-dua pihak mencapai persetujua­n berhubung isu ‘Terms of Reference (TOR)’ ketika kali terakhir mereka bertemu di Kuala Lumpur Julai lalu.

Sehingga kini tiada tanda-tanda bila kedua-dua pihak akan menyambung usaha mencari sinar damai itu.- BERNAMA

 ??  ?? PENDUDUK Islam di Narathiwat menunaikan solat Aidiladha di atas padang, kelmarin.
PENDUDUK Islam di Narathiwat menunaikan solat Aidiladha di atas padang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia