Harian Metro

Skuad AFF B-19 negara belasah Filipina 5-0

-

Kuala Lumpur: Malaysia memulakan kempen Piala AFF Bawah 19 Tahun (B-19) dengan langkah kanan apabila melakar kemenangan besar 5-0 ke atas Filipina dalam aksi Kumpulan A di Stadium Hang Day, Hanoi, semalam.

Pengendali pasukan negara, Frank Bernhardt mengakui lega dengan kemenangan itu biarpun pada mulanya skuad kendaliann­ya kelihatan agak gugup sebelum kembali yakin untuk mencatat kemenangan.

“Aksi pertama cukup penting dan saya harap momentum positif ini mampu diteruskan dalam aksi seterusnya terutama pada aksi kedua berdepan Singapura Khamis ini (esok).

“Begitupun masih banyak kelemahan yang harus kami perbaiki jika mahu melangkah jauh dalam kejohanan ini,” katanya.

Pemain muda negara memulakan aksi dengan cemerlang apabila kerap melancarka­n serangan demi serangan ke kubu lawan yang sebelum itu tewas 1-2 kepada Timor Leste dalam aksi pertama mereka tiga hari lalu.

Bagaimanap­un, anak buah Bernhardt terpaksa menunggu hingga minit ke-37 untuk menembusi gawang Filipina yang dikawal Michael Cangco Asong.

Gol pertama itu berpunca daripada sepakan sudut Zarulizwan Mazlan yang ditanduk pertahanan negara, Hariz Kamarudin buat meletakkan pasukan mendahului 1-0.

Malaysia berusaha untuk menjarakka­n keputusan menerusi sepakan percuma dari jarak 30 meter yang disempurna­kan penyerang Pulau Pinang, Jefri Firdaus Chew pada minit ke-41.

Skuad negara mengukuhka­n kedudukan dengan gol ketiga apabila Shah Amirul mudah menyempurn­akan sepakan penalti di minit ke-75 sebelum pemain gantian, Syamer Kutty Abba dan Badrul Amin Rusalan melengkapk­an hari penuh derita buat pasukan Dan Padernal apabila masing-masing menjaringk­an gol keempat dan kelima pada minit ke-79 dan 89.

negara

 ??  ?? PEMAIN negara Aqil Irfanuddin Sabri (kanan) cuba dihalang pemain Filipina Kyle Magdato.
PEMAIN negara Aqil Irfanuddin Sabri (kanan) cuba dihalang pemain Filipina Kyle Magdato.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia