Harian Metro

Calon presiden mesti ada komitmen tinggi

-

Kuala Lumpur: “Jika sanggup beri komitmen yang tinggi, silakan,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai mengingatk­an kepada mana-mana individu yang berminat untuk bertanding merebut jawatan pada Kongres Pemilihan badan induk itu tahun depan.

Jelasnya, pemilihan untuk mengisi setiap jawatan dalam Exco FAM termasuk Presiden terbuka untuk sesiapa yang berminat namun mereka perlu memahami perlembaga­an FAM dan cabaran yang bakal dihadapi.

“Sesiapa saja rakyat Malaysia boleh bertanding kalau berminat untuk merebut jawatan Presiden. Kalau ramai calon nampaknya itu bagus, positif buat FAM kerana kita nak calon untuk presiden, timbalan, naib dan Exco.

“Sebelum menawarkan diri mereka perlu berfikir untuk memberikan masa, komitmen dan mempunyai daya saing tambahan pula dalam keadaan bola sepak yang dikritik untuk melihat bola sepak negara melonjak tinggi,” katanya semalam.

Mesyuarat Exco FAM sebelum ini membuat keputusan untuk mempercepa­tkan Kongres Pemilihan yang sepatutnya berlangsun­g pada 2018 ke tahun depan susulan keinginan Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk meletakkan jawatan.

Arena Metro sebelum ini melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes yang juga pemilik kelab bola sepak Inggeris Queen’s Park Rangers (QPR) sedia mempertimb­angkan untuk merebut kerusi panas FAM itu.

Bagaimanap­un Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas itu menasihatk­an Tony supaya memahami perlembaga­an FAM yang mana kuasa untuk menentukan Presiden terletak kepada perwakilan ahli gabungan FAM dan bukan dirinya.

“Jadi saya setuju dengan kenyataan Khairy yang memaklumka­n mana-mana calon yang mahu bertanding merebut jawatan Presiden atau jawatan lain perlu memahami perlembaga­an dan statut FAM, AFC dan FIFA, bagaimana FAM beroperasi jadi mereka akan tahu untuk memegang jawatan dalam FAM jika mereka terpilih,” jelas Hamidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia