Harian Metro

Sampaoli bakal saji aksi menarik berdepan Juve

-

Milan: Gaya bola sepak unik Jorge Sampaoli akan diketahui pada pertemuan Liga Juara-Juara antara pasukannya Sevilla menentang Juventus, awal pagi esok.

Sampaoli menjadikan Chile sebagai pasukan paling menghiburk­an pada Piala Dunia dua tahun lalu dan beberapa perlawanan awal kendalian pengurus kelahiran Argentina bersama Sevilla membuktika­n beliau tidak gentar membawa gaya bola sepak uniknya ke pentas kelab Eropah.

Juara Liga Europa itu memulakan kempen La Liga dengan kemenangan 6-4 ke atas Espanyol dan Sabtu lalu, selepas gagal beraksi cemerlang pada setengah jam pertama bangkit untuk menewaskan Las Palmas 2-1 dengan jaringan kemenangan pada minit ke-94.

Pasukan Sampaoli beraksi dengan pantas dan garang yang sentiasa memberi ancaman buat lawan tetapi mungkin mendedahka­n pertahanan mereka.

Setiap kali mendapat bola, mereka akan menggerakk­an penyerang dengan pantas membabitka­n tujuh atau lapan orang mara ke kubu lawan.

Media Sepanyol bingung

untuk memahami formasi pasukan Sampaoli dan ada yang membayangk­an ia 2-1-5-2.

Sampaoli yang berkepala botak dan sering memberi renungan tajam, juga kelihatan sungguh bertenaga di tepi padang yang mana beliau melompat, memarahi pemainnya, berbeza dengan jurulatih Juve Massimilia­no Allegri.

Kunjungan Sevilla akan menjadi ujian menarik buat juara Serie A yang menang tiga perlawanan liga musim ini dan berdepan tentangan di liga domestik itu. - Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia