Harian Metro

Ayuh, mohon lesen!

- Norhayati Ahmad Pegawai Komunikasi Korporat b.p yang Dipertua Majlis Perbandara­n Ampang Jaya

Majlis Perbandara­n Ampang Jaya akan menganjurk­an Program Ayuh! Mohon Lesen pada 21 dan 22 September ini, jam 9 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Serbaguna Dato’ Ahmad Razali, Ampang.

Pelbagai program dan kaunter perkhidmat­an disediakan untuk kemudahan orang ramai. Antaranya:

Kaunter Permohonan Lesen Premis Perniagaan & Penjaja.

Pembaharua­n lesen tahun 2017 untuk premis perniagaan/penjaja/medan selera (bawa bersama lesen tahun 2016).

Kelulusan permit ubah suai premis perniagaan serta-merta.

Semakan dan sokongan jabatan teknikal MPAJ.

Pendaftara­n syarikat/perniagaan oleh Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

Sokongan & Khidmat nasihat daripada PDRM, Bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pengesahan Bahasa Papan Iklan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Taklimat denggi, tibi dan penyakit berjangkit.

Kaunter Pembayaran Kompaun MPAJ. Kursus pengendali­an makanan dan pendaftara­n premis perniagaan.

Jualan Food Truck

Orang ramai yang berminat menghadiri program ini perlu membawa bersama dokumen berikut:

SSM/Pendaftara­n syarikat.

Gambar premis (luar/dalam).

Salinan kad pengenalan/pasport. Resit belian alat pemadam api. Salinan perjanjian sewa/jual beli

Cap syarikat.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi talian 03-4280 3944/7924 atau e-mel ke pelesenan@mpaj.gov.my. Mohon Lesen anjuran MPAJ ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada penduduk Ampang Jaya dan memberi impak positif kepada masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia