Harian Metro

Laluan bawah tanah

„ Projek ketiga MRT Lembah Klang masih dalam kajian

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@hmetro.com.my

Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp), merancang membangunk­an laluan ketiga Projek MRT Lembah Klang, membabitka­n kawasan pusat bandar dan berkemungk­inan menjadi laluan bawah tanah sepenuhnya.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepenti­ngan, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, MRT Corp telah melantik perunding bebas untuk mengkaji rancangan itu dan dijangka menyiapkan laporan pertamanya pada suku pertama tahun depan.

“Laluan ketiga MRT ini sedang dalam kajian dan dijangka hasil daripada kajian ini dapat dilihat pada suku pertama tahun hadapan atau suku keempat tahun ini.

“Daripada hasil kajian ini, baru kita dapat kongsikan lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan laluan ini,” katanya dalam taklimat media mengenai perkembang­an terkini projek MRT Lembah Klang dan Majlis Pecah Tanah MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) di sini, semalam.

Beliau berkata, laluan ketiga ini akan berbentuk bulatan dan tidak terlalu panjang yang bakal memberi perkhidmat­an di kawasan pusat bandar selain berkemungk­inan menjadi laluan bawah tanah sepenuhnya.

Sementara itu, katanya, sebanyak 58 tren yang diperlukan bagi fasa pertama dan kedua Jajaran Sungai Buloh-Kajang (Jajaran SBK) dijangka tiba secara berperingk­at sebelum akhir tahun ini dan bakal menjalani tempoh pengujian secara intensif bermula 1 Oktober ini.

“Bagi fasa pertama Jajaran SBK, sebanyak 24 tren akan digunakan di mana 18 tren akan digunakan untuk operasi harian manakala selebihnya digunakan sebagai tren simpanan pada waktu kecemasan.

“Setakat ini, kami telah menerima lebih daripada 40 tren lebih awal daripada yang dijadualka­n dan ia akan melalui proses ‘fitting’ serta ‘setting’ di depot terlebih dahulu seperti pemasangan tempat duduk dan sebagainya,” katanya.

 ??  ?? NAJMUDDIN memberi penerangan mengenai laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.
NAJMUDDIN memberi penerangan mengenai laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia