KUASA JAHAT BERGANDA
Dron, kamera kecil dipasang di kepala digunakan tonjol suasana seram dalam Blair
Witch Project
deretan kisah seram sepanjang tempoh itu, pembikin Blair Witch sudah tidak sabar menanti reaksi penonton terhadap filem ini.
Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 15 September ini, Blair Witch menampilkan wajah baru iaitu James Allen McCune, Valorie Curry dan Callie Hernandez.
Sutradara Adam Wingard berkata idea menghasilkan semula Blair Witch hadir ketika mempromosikan filem V/H/S/2 bersama penulis skrip Simon Barrett di Festival Filem Sundance pada 2013.
“Kami terserempak dengan pencipta Blair Witch Project, Eduardo Sanchez dan Gregg Hale. Sebagai peminat Blair Wicth kami bertanya bila sekuel karya itu akan dihasilkan.
“Bagaimanapun, mereka tidak dapat beri jawapan yang pasti,” katanya.
Menurut Wingard, seminggu selepas pertemuan itu pihak Lionsgate menghubunginya untuk berbincang mengenai pembikinan sekuel Blair Witch Project.
“Saya mahu menghasilkan karya yang boleh memberi impak seperti The Texas Chainsaw Massacre.
“Dalam Blair Witch, watak sentiasa melarikan diri sebelum bertukar menjadi senario yang lebih seram. Kuasa jahat di hutan dalam pembikinan kali ini lebih kuat daripada filem terdahulu,” katanya.
Bagi menonjolkan lagi suasana seram, Wingard berkata dron dan kamera kecil yang dipasangkan di kepala digunakan untuk penggambaran filem berkenaan.
“Penggunaan ‘found footage’ kurang sesuai kerana penonton menyedari kewujudan