Harian Metro

Penyusuan dalam keadaan mudah, santai

-

Bagi ibu yang melahirkan anak pertama dan tidak mempunyai sebarang pengalaman penyusuan mungkin sukar pada masa-masa tertentu.

Juga bagi mereka yang bersalin menerusi kaedah pembedahan sudah pasti penjagaan perlu diberikan secara lebih berhati-hati dan teliti sehingga aktiviti penyusuan menjadi kurang ‘ceria’ dan tertekan.

Namun begitu terdapat produk pintar yang direka khas untuk ibu menyusu bagi menjadikan pengalaman penyusuan mereka lebih mudah dan santai. Bantal menyusu Ergobaby Natural Curve direka dengan bentuk melengkung bagi membantu meletakkan bayi dalam kedudukan ideal bersama tambahan sokongan belakang berpanjang­an.

Bantal Theraline pula menyediaka­n keperluan yang sangat diperlukan untuk pengalaman penyusuan yang lebih santai. Bantal ini didatangka­n dengan bahagian belakang yang besar dan selamat sesuai untuk meletakkan badan bayi bagi memberikan ikatan rapat untuk ibu dan bayi. Bantal ini juga menyediaka­n sokongan yang stabil untuk ibu hamil agar dapat tidur dalam keadaan selesa.

Ibu juga boleh membawa bayi mereka menerusi produk mengendong bayi bagi memudahkan urusan penyusuan dan menjadikan bayi selesa dalam dakapan ibu. Hadir dalam rona hitam, kelabu, hijau, biru dan dan hitam pada harga RM759.

Pemilihan coli juga sangat penting kerana selain memberikan keselesaan ia juga memudahkan ibu menyusukan bayi. Coli Fertile Mind Superbra diperbuat daripada fabrik nilon lembut yang memudahkan regangan. Ia tidak mempunyai besi atau klip. Hadir dalam ukuran S, M dan L pada harga RM109.

Untuk maklumat lanjut layari www. bloomandgr­owasia.com.

 ??  ?? PRODUK mengendong bayi yang selesa dan mudah
dibawa ke mana-mana.
PRODUK mengendong bayi yang selesa dan mudah dibawa ke mana-mana.
 ??  ?? BANTAL sokongan penyusuan
menjadikan proses menyusu lebih selesa.
BANTAL sokongan penyusuan menjadikan proses menyusu lebih selesa.
 ??  ?? BANTAL sokongan untuk ibu
hamil.
BANTAL sokongan untuk ibu hamil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia