Harian Metro

Pembesar suara Gaya vintaj

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Lebih daripada sekadar ‘wajah’ yang cantik, pembesar suara Marshall Stanmore mempunyai nilai estetik vintaj yang sangat menyenangk­an mata melihatnya.

Apatah lagi, rekaan dengan ciri sambungan Bluetooth dengan menawarkan input 3.5mm di bahagian atas, keduadua input RCA dan optik digital di belakang yang membolehka­n sambungan mudah ke pelbagai sumber dan TV.

Selain itu, di belakang juga mempunyai port bass dan suis penjimat tenaga.

Dengan suis penjimat tenaga itu, terlibat, pembesar suara ini perlu dioperasik­an secara manual dengan kunci ‘wake’ jika ia tidak aktif selama 20 minit.

Di sebalik skrin pembesar suara depan Stanmore ini terdapat pemacu tweeters 3/4 inci yang diapit woofer 5 Ω.

Memasang dan memadankan telefon dengan pembesar suara ini menggunaka­n bluetooth sangat mudah dan mengambil masa lama.

Seperti mana-mana pembesar suara yang menggunaka­n sambungan bluetooth, peranti

Marshall Stanmore mudah dipasang pada manamana platform iOS atau Android.

Pelbagai genre muzik yang dipasang menghasilk­an runut bunyi yang baik dan sedap di halwa telinga penguji.

Vokal penyanyi juga jelas dan audio yang datang dari alat muzik pun padu seperti tali gitar dan piano.

Ia sekali gus menarik perhatian jika anda mendengar muzik secara langsung sekali pun.

Penguji mencuba konsert dalam YouTube Live dan menjadikan­nya seakan berada di konsert itu sendiri.

Keseimbang­an vokal dan muzik memang menarik perhatian kerana jarang berlaku pembesar suara bluetooth mempunyai keduaduany­a secara baik.

Dengan harga RM2,299 ia memang berbaloi.

Pengguna yang mahu mendapatka­nnya boleh membeli di kedai Radioshack tertentu saja di pusat beli-belah Mid Valley, Berjaya Times Square, Bangsar Shopping Centre atau Sunway Pyramid.

 ??  ??
 ??  ?? KOMEN
Keseluruha­n: Reka bentuk: Prestasi:
Ciri:
Mesra pengguna:
KOMEN Keseluruha­n: Reka bentuk: Prestasi: Ciri: Mesra pengguna:
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia