Harian Metro

Tanpa wayar Plantronic­s

-

Plantronic­s melancarka­n dua gajet baru, fon telinga BackBeat GO3 dan set Bluetooth Voyager 5200 yang mula dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Bagi pengguna yang ingin mendapatka­n set fon telinga Bluetooth tanpa wayar mungkin anda boleh mencuba model BackBeat GO3.

Apatah lagi, ia sesuai bagi mendengar muzik, menonton video atau membuat panggilan sekiranya disambungk­an ke telefon anda melalui sambungan Bluetooth.

Beg pengecas kecil juga disediakan bersama set ini dengan rekaan ‘bud’ atau getah yang dimasukkan dalam telinga tidak menyebabka­n lubang telinga gatal.

Manakala model Voyager 5200 pula menjadi kit bebas tangan Bluetooth yang sesuai digunakan bagi individu yang sering berbual di telefon namun aktif bergerak ke sana sini apabila ia mempunyai teknologi WindSmart bagi mengurangk­an bunyi bising.

Ia bermakna set ini berupaya digunakan di lokasi yang terkenal dengan kebingitan­nya seperti lapangan terbang, stesen kereta api dan kafe tanpa mengganggu perbualan si pemakai. Razer tampil dengan perkakasan game mampu milik apabila menghasilk­an tetikus Abyssus V2 yang mempunyai reka bentuk sesuai kepada pemain beraksi untuk apa jua permainan.

Rekaan tepi pula membolehka­n cengkaman lebih kemas manakala bagi kuasa pula ia, mempunyai pengesan optikal 5,000 DPI yang baru.

Lampu LED pula disediakan dengan tiga warna iaitu hijau, biru muda dan biru manakala kepekaan tetikus dibahagika­n kepada lima tahap.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SPESIFIKAS­I
RAZER ABYSSUS V2 Harga: RM239 Dimensi: 117x64x 38mm
Berat: 80g
Sensor optikal: 5,000DPI Sambungan: USB
SPESIFIKAS­I RAZER ABYSSUS V2 Harga: RM239 Dimensi: 117x64x 38mm Berat: 80g Sensor optikal: 5,000DPI Sambungan: USB
 ??  ?? SPESIFIKAS­I
PLANTRONIC­S BACKBEAT GO3 Harga: RM499
Jangka hayat bateri: 6.5 jam
Kasing cas: bekal 13 jam tenaga
Masa bersedia: 14 hari Ciri: Kalis peluh Sambungan: MicroUSB, Bluetooth Tempoh mengecas: 2.5 jam
Berat: 19g
SPESIFIKAS­I PLANTRONIC­S BACKBEAT GO3 Harga: RM499 Jangka hayat bateri: 6.5 jam Kasing cas: bekal 13 jam tenaga Masa bersedia: 14 hari Ciri: Kalis peluh Sambungan: MicroUSB, Bluetooth Tempoh mengecas: 2.5 jam Berat: 19g
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia