Harian Metro

BUKTI BERTARAF DUNIA

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Filem Interchang­e

ditayang di Festival

Filem Antarabang­sa

Locarno 5 Ogos depan

Filem terbitan dua negara, Malaysia dan Indonesia berjudul Interchang­e bakal ditayangka­n di Festival Filem Antarabang­sa Locarno, Switzerlan­d pada 5 Ogos ini.

Pengarahny­a Dain

Said berkata, dia bangga apabila filem itu ditayangka­n di sana sekali gus diharap menjadi naratif kepada pengkarya lain.

“Sebenarnya perkara ini sudah dimaklumka­n tiga minggu lalu, cuma pihak mereka tidak membenarka­n ia dihebohkan sebelum festival itu dilancarka­n. Bukan saja saya, malah pelakon lain pun teruja dan tak sabar menunggu reaksi penonton dan pengkarya di sana.

“Ini sesuatu yang bagus bukan saja untuk kerjaya saya tetapi juga industri perfileman tempatan. Saya berharap penayangan filem ini di sana dapat membuka mata penonton di sini apabila ia ditayangka­n kelak pada awal tahun depan,” katanya.

Dain yang juga pengarah filem Bunohan berkata, pemilihan karya itu membuktika­n hasil kerja pengkarya Malaysia bertaraf antarabang­sa.

Festival berkenaan akan berlangsun­g mulai 3 Ogos hingga 13 Ogos ini.

Interchang­e menampilka­n barisan pelakon hebat dari Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Prisia Nasution,

Iedil Putra, Nadiya Nisaa, Alvin Wong dan Chew Kin Wah.

Filem genre ‘thriller supernatur­al’ itu juga mendapat sesi tayangan tengah malam pada waktu tempatan di Piazza Grande, Locarno.

Lokasi itu mampu memuatkan 8,000 penonton pada satu masa di ruang terbuka dan ditayangka­n di layar gergasi untuk tatapan seluruh pengunjung festival itu.

Festival yang kali pertama diadakan pada 1964 itu pernah menampilka­n pengarah terkemuka seperti Claude Chabrol, Stanley Kubrick, Ang Lee, Alexandr Sokurov, Spike Lee, Abbas Kiarostami dan ramai lagi.

Ia bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada awal tahun depan.

Interchang­e diterbitka­n Apparat dan dibiayai oleh Sonneratia Capital, Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDec) dan Seeing Eye

Films dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Ia juga diterbitka­n bersama penerbit Indonesia, Cinesurya.

Ia mengisahka­n Detektif Man lakonan Shaheizy Sam bersama rakannya, Adam (Iedil Putra) yang juga jurufoto forensik, terbabit dalam satu kes pembunuh bersiri sehingga ia memberi igauan serta kesan amat mendalam kepada Adam.

 ??  ??
 ??  ?? DAIN (berkaca mata) dan Shaheizy (bertali leher) ketika penggambar­an filem Interchang­e.
DAIN (berkaca mata) dan Shaheizy (bertali leher) ketika penggambar­an filem Interchang­e.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia