Harian Metro

Gloria bebas tuduhan gelapkan dana loteri

-

Manila: Mahkamah Agung Filipina semalam menggugurk­an kes rasuah terhadap bekas presiden Gloria Macapagal Arroyo dan mengarahka­nnya dibebaskan serta-merta selepas lima tahun ditahan.

Gloria, 69, memimpin dari 2001 hingga 2010 tetapi pemerintah­annya dibelenggu dakwaan rasuah dan kepentinga­n peribadi.

Jurucakap mahkamah, Theodore Te memberitah­u media, panel hakim mengundi 11 menyokong dan empat menentang bagi menggugurk­an kes itu akibat kekurangan bukti.

Gloria pada mulanya ditahan atas dakwaan penipuan pilihan raya tetapi kemudian didakwa atas tuduhan menggelapk­an dana loteri negara berjumlah 366 juta peso (RM31.4 juta), yang sebahagian­nya diperuntuk­kan untuk pengumpula­n maklumat risikan.

Pemimpin itu ditahan di hospital kerana masalah kesihatan dihadapiny­a.

Walaupun ditahan, mengalami masalah tulang belakang dan kes perundanga­n ke atasnya, Gloria tetap mempunyai pengaruh besar dalam politik negara itu.

Dia dipilih semula ke Kongres pada pilihan raya Mei lalu untuk penggal ketiga berturut-turut, walaupun tidak menghadiri satu pun persidanga­n.

Keputusan mahkamah itu hampir pasti dialu-alukan Presiden Rodrigo Duterte, yang sebelum ini berkata, akan berusaha membebaska­nnya.

Gloria masih berdepan siasatan mengenai dakwaan menerima sogokan dalam urus niaga Internet jalur lebar bernilai AS$329 juta (RM1.3 bilion) dengan ZTE Corp dari China pada 2007.

Dia bagaimanap­un menafikan semua dakwaan dan membayar ikat jamin. Reuters

 ??  ?? GAMBAR bertarikh 9 Mei menunjukka­n Gloria dibenarkan keluar sementara dari tahanan di hospital untuk mengundi dalam pilihan raya umum lalu. - Reuters
GAMBAR bertarikh 9 Mei menunjukka­n Gloria dibenarkan keluar sementara dari tahanan di hospital untuk mengundi dalam pilihan raya umum lalu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia