Harian Metro

16 premis pusat judi diserbu kosong, berkunci

-

Klang: Serbuan polis terhadap 16 premis perjudian atas talian di sekitar Bandar Bukit Raja dan Bandar Sultan Sulaiman, di sini, berjaya melumpuhka­n aktiviti itu apabila bangunan terbabit didapati kosong dalam satu operasi khas, kelmarin.

Operasi bermula jam 6.30 petang itu dijalankan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Klang (MPK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusof Mamat berkata, pihaknya menyasarka­n semua premis itu kerana giat menjalanka­n kegiatan perjudian atas talian di daerah berkenaan.

“Namun, pemeriksaa­n lanjut mendapati premis itu kosong dan tidak beroperasi selain turut berkunci.

“Selain itu, tiada sebarang komputer atau peralatan digunakan untuk aktiviti perjudian terbabit,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, operasi yang berakhir awal pagi semalam itu berdepan kesukaran berikutan kebanyakan premis berkunci namun berjaya dibuka dengan bantuan bomba.

“Selain itu, beberapa premis disyaki membuat sambungan bekalan elektrik secara haram disita TNB untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd Yusof berkata, pihaknya akan menjalanka­n operasi seumpama itu secara berterusan bagi memastikan premis perjudian dibanteras habis-habisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia