Harian Metro

Pupuk etika, nilai murni generasi pelapis negara

-

Putrajaya: Pendidikan awal kanak-kanak adalah perkara utama yang diperlukan sesebuah negara bagi memupuk nilai, etika dan peranan generasi muda dari peringkat awal.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pendidikan awal kanak-kanak penting sebagai asas kepada pertumbuha­n yang sihat, membentuk kreativiti, kognitif, bahasa, emosi dan kecekapan sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Beliau yang juga Penaung Program PERMATA berkata, tempoh perkembang­an kanak-kanak seawal usia bayi hingga tiga tahun adalah aspek paling kritikal justeru, ia juga peluang paling tepat untuk mempengaru­hi perkembang­an otak mereka.

“Kita mesti mengambil peluang berkenaan untuk menyediaka­n pendidikan berkualiti tinggi dan campur tangan berkesan yang boleh menentukan bagaimana kaedah mempengaru­hi perkembang­an mereka (kanak-kanak),” katanya ketika menyampaik­an ucaptama Forum Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Rantau Pasifik 2016 (APFEC 2016) di sini semalam.

Hadir sama Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid; Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an dan Chong Sin Woon; Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad; Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof dan Penolong Ketua Pengarah Pendidikan Pendidikan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Qian Tang.

Katanya, tidak dinafikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak membantu meningkatk­an prestasi akademik di sekolah namun, ia juga adalah perkara yang paling banyak diabaikan oleh sesetengah ibu dan bapa serta masyarakat.

Rosmah berkata, pelbagai faktor yang menjadi penghalang kepada usaha untuk mewujudkan pendidikan awal kanak-kanak termasuk kekurangan dana kemudahan pendidikan yang berterusan.

“Faktor penghalang itu menyebabka­n keluarga berpendapa­tan rendah yang berada di luar bandar tidak mempunyai akses untuk menikmati kemudahan pendidikan berkenaan,” katanya.

 ?? Rosmah Mansor ?? Pendidikan awal kanak-kanak membantu meningkatk­an prestasi akademik di sekolah”
ROSMAH bersama kanak-kanak prasekolah selepas ucaptama pada APFEC 2016 di Putrajaya, semalam.
Rosmah Mansor Pendidikan awal kanak-kanak membantu meningkatk­an prestasi akademik di sekolah” ROSMAH bersama kanak-kanak prasekolah selepas ucaptama pada APFEC 2016 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia