Harian Metro

6,000 cucur durian ‘licin’

-

Gopeng: Isi durian yang diadun dengan empat perisa cucur udang keluaran Adabi Consumer Industries Sdn Bhd menjadi tarikan utama pengunjung yang datang ke Festival Durian dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tourism Perak di Gua Tempurung, di sini, semalam.

Sebanyak 6,000 biji cucur yang dinamakan cucur durian Adabi itu digoreng di lokasi festival itu dan semua cucur itu habis tidak sampai beberapa jam selepas festival itu dimulakan.

Pengurus Promosi syarikat itu, Wan Sharizam Wan Ramli berkata, pihaknya tidak menyangka cucur berkenaan mendapat sambutan pengunjung sehinggaka­n habis dalam sekelip mata walaupun pada mulanya merasakan jumlah 6,000 biji sudah mencukupi.

“Untuk hari ini (semalam), kita campurkan isi durian dengan empat jenis cucur keluaran Adabi iaitu cucur lemak manis, cucur udang, cucur bawang serta ikan bilis dan adunan ini berjaya menghasilk­an keunikan rasa cucur durian.

“Pada masa hadapan nanti, kemungkina­n boleh dikeluarka­n variasi cucur menggunaka­n durian kerana ia masih belum dikeluarka­n Adabi,” katanya pada Festival Durian dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tourism Perak semalam.

Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan supaya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahka­n maklumat mengenai rasuah yang didakwa berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

SPRM dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya menerima dakwaan pemilik kelab Johor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia