Harian Metro

Cinta eksotik Mubin

- Asmah Rusman asmah_rusman@hme tro.com.my

„ Minat sejak kecil terhadap haiwan peliharaan kini jadi bisnes berjaya

Terdapat lebih 10 jenis haiwan eksotik yang terdapat dalam koleksi saya Muhammad Nazirul

Haiwan eksotik sukar ditemui dan jarang sekali dibela sebagai binatang peliharaan di rumah seperti kucing, anjing, ayam dan ikan namun keunikan memiliki haiwan itu memberi satu kepuasan dan kemegahan kepada si pemilik.

Bagi penggemar haiwan eksotik, Muhammad Nazirul Mubin Mokhtar, 25, minat terhadap haiwan sudah tertanam dalam dirinya sejak di bangku sekolah ketika berusia sembilan tahun.

Menurutnya, dek terlalu minat terhadap haiwan, dia sanggup mengutip kucing terbiar yang ditemui di tepi jalan, selain burung liar untuk dibela di rumahnya.

“Keluarga saya sangat memahami minat berkenaan dan mereka tidak pernah menghalang sebaliknya turut memberi galakkan selain menjadi sumber kewangan kepada saya.

“Bermula dari situ, saya selalu pergi ke kedai menjual haiwan untuk melihat harga dan koleksi yang dijual, rupa-rupanya terdapat pelbagai jenis haiwan lain yang lebih menarik dan pelik ditemui,” katanya.

Katanya, sejak itu dia mula menanam minat untuk memelihara haiwan berkenaan seperti spesies ayam, kucing dan Bearded Dragon (sejenis cicak besar) yang tidak memerlukan lesen daripada Jabatan Perhilitan.

“Haiwan seperti ini tidak berbahaya kepada si penjaga dan ia bukan spesies terancam, namun masih dikategori­kan sebagai haiwan eksotik kerana rupa, warna dan sifat peliknya selain jarang dijadikan haiwan peliharaan.

“Selepas menyedari minat ini bukan lagi sekadar main-main, saya mula tekad untuk lebih serius dengan membuka kedai menjual haiwan sejak dua tahun lalu bagi berkongsi minat, ilmu dan pengalaman dengan penggemar lain,” katanya.

Menurut pemilik 1 Million Pet Shops & Studio yang lebih selesa disapa sebagai Mubin melalui kedai berkenaan dia bukan saja dapat menambah koleksi haiwan eksotik peliharaan­nya, malah menjual haiwan berkenaan kepada penggemar yang selama ini tercari-cari spesies terbabit.

“Antara haiwan eksotik yang paling saya suka ialah spesies katak yang dikenali sebagai Pacman Frog dan saya sudah memiliki enam ekor malah, satu daripadany­a sudah berusia enam tahun.

“Setakat ini, terdapat lebih 10 jenis haiwan eksotik yang terdapat dalam koleksi saya dan ada antaranya sudah dijual kepada pelanggan seperti kura-kura Sulcata dan biawak iguana tidak termasuk spesies kucing dan ayam,” katanya.

Menurutnya, haiwan eksotik tidak seperti haiwan peliharaan lain kerana spesies berkenaan sukar diperoleh dan mengambil tempoh panjang untuk membiak sehingga dua tahun setengah.

Katanya, semua haiwan berkenaan dibawa masuk dari Afrika Selatan dan kedainya juga sudah memiliki permit dari Jabatan Perhilitan untuk memelihara dan menjual haiwan berkenaan.

Katanya, antara spesies yang semakin mendapat perhatian penggemar haiwan adalah spesies Serval Cat yang mampu dijual dengan harga mencecah RM30,000 seekor.

“Nasihat saya kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia haiwan supaya mendalami ilmu dan kumpul maklumat mengenai haiwan pilihan terlebih dulu sebelum membeli.

“Menjaga haiwan ini bukan semata-mata letak dalam sangkar dan beri makan atau minum sebaliknya ia memerlukan penjagaan rapi seperti anak kita sendiri kerana haiwan juga boleh jatuh sakit, stres, kemurungan dan menjadi liar sehingga mendatangk­an bahaya kepada pemilik,” katanya.

Mereka yang ingin mendapatka­n koleksi haiwan eksotik boleh berkunjung ke kedainya yang terletak di Ukay Perdana atau membuat tempahan melalui laman web www.pets1milli­on.com.

 ??  ??
 ??  ?? 1 Million Pet shop dibuka sejak dua tahun lalu.
1 Million Pet shop dibuka sejak dua tahun lalu.
 ??  ?? IGUANA diminati ramai.
IGUANA diminati ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia