Harian Metro

Parti baru tak gugat negara

-

Kepemimpin­an negara tidak perlu tergugat dengan penubuhan parti baharu yang dipimpin bekas

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia berjuang untuk menjatuhka­n individu dan bukannya berasaskan ideologi tertentu.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, jika perjuangan parti tidak jelas dan bermatlama­t menjatuhka­n individu ia tidak kekal lama.

Katanya, sesiapa saja termasuk Dr Mahathir boleh menubuhkan parti baharu dan soal sama ada ia efektif atau tidak adalah perkara lain.

“Setakat ini tiada ahli MUBARAK yang cuba didekati untuk ke arah itu dan jika ada pun hanya ahli keluarga seperti adik-beradik.

“Kita tidak panik atau tergugat dengan perkara ini (penubuhan parti baharu) kerana yakin dengan kepemimpin­an kerajaan sedia ada,” katanya dalam sidang media Parlimen Mahasiswa kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Mengulas mengenai Parlimen Mahasiswa yang akan diadakan selama dua hari pada 26 dan 27 Julai ini, beliau berkata, program itu dimulai dengan bengkel selama tiga hari mulai 23 Julai ini di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi sebagai persediaan awal kepada peserta.

Katanya, jika program tahun lalu hanya membabitka­n mahasiswa universiti awam, kali ini ia turut disertai mahasiswa universiti swasta dengan 210 peserta pelbagai kaum terdiri daripada 64 peratus lelaki dan 36 peratus wanita.

“Peserta yang terpilih terdiri daripada pemimpin mahasiswa di pelbagai peringkat terutama mereka yang menganggot­ai Majlis Perwakilan Mahasiswa,” katanya.

Menurutnya, peserta didedahkan dengan proses perundanga­n dan sistem Parlimen dengan penumpuan isu kontempora­ri seperti pendidikan dan kewangan yang penting kerana terdapat mahasiswa dan graduan baru tamat pengajian diisytihar­kan bankrap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia