Harian Metro

SPAD lakukan siasatan penuh

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) akan melakukan penyiasata­n menyeluruh terhadap pemandu bas ekspres melakukan kesalahan menukar pemandu tanpa memberhent­ikan bas di lokasi sepatutnya serta bercakap di telefon bimbit tanpa peranti bebas tangan.

Kedua-dua kesalahan serius itu dikesan daripada penyamaran dilakukan wartawan Harian Metro membabitka­n bas ekspres dari Kuala Terengganu menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan dari TBS ke Butterwort­h baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, masyarakat khususnya penumpang bas ekspres boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan berserta bukti sekiranya terdapat mana-mana pemandu yang memandu berbahaya.

“Tindakan itu satu cara untuk orang ramai bekerjasam­a dengan agensi penguatkua­saan dalam menangani masalah berhubung keselamata­n.

“Mereka boleh memberi maklumat seperti gambar, video, nombor pendaftara­n bas serta lokasi tindakan berbahaya dilakukan pemandu bas.

“Ini kerana keselamata­n di jalan raya turut membabitka­n pengguna lain sekiranya berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Katanya, anggota penguatkua­saan SPAD ada melakukan pelbagai operasi bagi menangani pelbagai masalah membabitka­n pengguna jalan raya.

“Pemandu bas perlu menitikber­atkan keselamata­n penumpang dan jangan terlalu ambil mudah terhadap semua aspek keselamata­n.

“Kerjasama orang awam adalah cara membantu pihak penguatkua­saan melakukan pemantauan serta mengeluark­an saman kepada mereka yang terbabit jika didapati bersalah,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh membuat aduan berserta bukti menerusi laman web aduan@spad.gov.my, laman sosial Facebook dan Twitter SPAD atau hubungi talian Pusat Panggilan SPAD 1-800-88-7723.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia