Harian Metro

PATI tiada kerja ‘selesa’ cenderung terbabit jenayah berat

-

Kuala Lumpur: Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada di negara ini dan tidak mempunyai pekerjaan ‘selesa’ dikenal pasti golongan paling cenderung terbabit jenayah berat termasuk menjadi pembunuh.

Ini berikutan mereka terdesak untuk mendapatka­n wang selain mudah melakukan tindakan agresif jika digugat.

Berikutan itu program penggajian semula pekerja warga asing adalah antara usaha terbaru kerajaan untuk mengawal dan mengurangk­an jenayah berat di kalangan golongan ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar kecil) berkata, program Penggajian dan Penempatan Semula pendatang asing tanpa izin (PATI) adalah satu inisiatif pemantauan dan penguatkua­saan bagi mengawal kebanjiran warga asing di Malaysia.

Katanya, tindakan itu bukan saja memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di negara ini, sekali gus memenuhi permintaan industri serta membolehka­n kerajaan mengetahui jumlah PATI bagi tujuan pemantauan keselamata­n.

“Melalui program ini, mereka akan mula bekerja secara sah yang secara tidak langsung akan mengurangk­an jenayah berat di kalangan mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, PATI yang tiada pekerjaan tetap akan menubuhkan komuniti mereka sendiri, malah berani untuk bertindak agresif berikutan sukar dikesan.

“Apabila mereka didaftarka­n dalam program Penggajian dan Penempatan Semula, kita dapat memantau setiap tindakan mereka dan mereka juga akan kurang terbabit dalam komuniti masing-masing apabila sibuk dengan kerja.

“Ada juga di antara mereka yang berpisah dengan rakan sedia ada dan berpindah ke kawasan lain bersama majikan baru menerusi program ini,” katanya.

Menurutnya, indeks jenayah di negara ini akan meningkat jika perlakuan PATI ini tidak dibendung.

“Disebabkan itu, kami (kerajaan) perlu mengambil langkah proaktif dan memastikan PATI tidak memonopoli kawasan tertentu.

“Mereka biasanya mula dengan berniaga secara kecil - kecilan sebelum mengembang­kan perniagaan dan penempatan di sesuatu kawasan perumahan.

“Kemudianny­a, rakyat Malaysia sendiri takut untuk tinggal di situ akibat kelakuan mereka yang agresif,” katanya.

Melalui program itu, majikan yang mahu menggaji pekerja asing hendaklah mengambil pekerja sedia ada di negara ini, termasuk mereka sudah tamat tempoh visa pekerjaan.

Mereka juga boleh mengambil pekerja asing yang tidak berdokumen atau tidak didaftarka­n di bawah Program 6P (Program Penyelesai­an Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin).

Dengan pelaksanaa­n program itu, majikan atau ejen yang didapati melindungi pekerja asing tanpa izin akan dikenakan hukuman sebat berkuat kuasa serta-merta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia