Harian Metro

Gadis hilang di Melaka keletihan di Pahang

-

Melaka: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu di hadapan kafe minuman miliknya di Pulau Gadong, di sini, ditemui selamat oleh orang awam di Bentong, Pahang, kelmarin.

Difahamkan, Nur Farisyah Eizwani Iskandar, ditemui orang awam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan sebelum bertindak menelefon ibu bapanya kira-kira jam 2 pagi.

Ibunya, Siswaty Thubah, 39, berkata, sebaik menerima panggilan telefon, dia bersama suaminya bergegas ke lokasi berkenaan dan berjumpa dengan anak sulungnya itu.

“Ketika ditemui, anak saya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya selain tidak bercakap.

“Kira-kira jam 9 pagi tadi (semalam) kami selamat tiba di Melaka dan saya juga sudah membawanya ke hospital untuk membuat pemeriksaa­n. Kami amat risau kerana sehingga petang ini (3 petang), dia masih tidak bercakap,” katanya.

Siswaty berkata, buat masa ini, dia tidak boleh mengulas lanjut sehinggala­h anaknya itu bercakap seperti biasa dan menceritak­an apa sebenarnya yang terjadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n remaja perempuan terbabit kini berada dalam keadaan selamat bersama keluargany­a.

Katanya, remaja terbabit sudah dibawa pulang ke Melaka selain siasatan lanjut berhubung kehilangan­nya selama empat hari itu, akan dilakukan bagi mengenal pasti motif di sebalik kejadian.

Harian Metro semalam melaporkan, keluarga remaja terbabit berharap Nur Farisyah dijumpai dalam keadaan selamat dan meminta orang ramai menghentik­an tuduhan tidak berasas yang anaknya itu lari mengikut kawan lelaki.

Bapanya,

Iskandar Daut, 44, memaklumka­n anaknya itu hilang di hadapan kafe di Pulau Gadong, di sini, ketika menghantar pesanan minuman kepada seorang pelanggan.

 ??  ?? NUR FARISYAH berada dalam keadaan tidak bermaya ketika ditemui. LAPORAN Harian
Metro, semalam.
NUR FARISYAH berada dalam keadaan tidak bermaya ketika ditemui. LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia