Harian Metro

TAK SABAR JULANG TROFI

- AFP

Henrik Stenson mengakui terdesak untuk ‘menghabisk­an tugasnya’ apabila mendahului satu pukulan untuk mara ke pusingan akhir Terbuka British di Royal Troon.

Pemain Sweden berusia 40 tahun itu tidak pernah menjuarai kejohanan utama biarpun beberapa kali hampir menjuarain­ya namun dia meletakkan dirinya dalam kedudukan utama dengan 68 pukulan dalam keadaan angin kencang semalam.

Keputusan itu meletakann­ya 12 di bawah par keseluruha­n dalam kejuaraan itu dan membolehka­nnya memintas Phil Mickelson, yang mencatat 70 pukulan, mengumpul 11 di bawah par keseluruha­n di senarai pendahulu sebelum pusingan akhir.

“Saya memburu peluang. Saya bekerja keras sepanjang tiga hari pertama untuk meletakkan diri dalam situasi ini sekali lagi, saya akan berusaha lebih keras lagi esok (hari ini) untuk menamatkan tugas itu,” kata Stenson.

Mickelson memiliki kelebihan untuk kedua-dua pusingan teawal dan mendakwa kejayaan memenangi Claret Jug sebelum ini bermakna dia kurang merasai tekanan.

Stenson bagaimanap­un menerima hakikat tidak boleh membiarkan fikirannya melayang jauh untuk memikirkan kejayaan itu.

“Ya, fikiran mengenai kesudahann­ya tidak akan membantu anda. Saya tahu apa yang saya mahu lihat

esok. Tidak perlu dipersoalk­an,” kata pemain Sweden itu yang menduduki tangga kedua di Muirfield pada 2013 dan berkongsi tangga ketiga di Kejohanan Terbuka itu pada 2008 dan 2010.

“Memandangk­an saya pernah menduduki tangga kedua dan dua kali tempat ketiga dalam Kejohanan Terbuka, saya tidak berhasrat untuk berdepan kesudahan seperti itu. Hanya satu perkara yang penting esok.

“Saya tahu

„ Stenson akui terdesak raih kejohanan utama

dia tidak akan mengalah dan saya juga sudah pasti tidak akan mengalah. Ia akan menjadi tengah hari yang mengujakan .

“Dia antara pemain terbaik dalam tempoh 15 atau 20 tahun dan ia akan menjadi perlawanan mencabar.”

Tiga tahun lalu Stenson tewas kejohanan sama kepada Mickelson yang menamatkan penantian panjang untuk menjuarai Claret Jug dengan 66 pukulan pada pusingan terakhir.

 ?? Henrik Stenson ?? Saya bekerja keras sepanjang tiga hari pertama untuk meletakkan diri dalam situasi ini sekali lagi, saya akan berusaha lebih keras lagi esok (hari ini) untuk menamatkan tugas itu”
Henrik Stenson Saya bekerja keras sepanjang tiga hari pertama untuk meletakkan diri dalam situasi ini sekali lagi, saya akan berusaha lebih keras lagi esok (hari ini) untuk menamatkan tugas itu”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia