Harian Metro

6,000 ditangkap

- Agensi

Pihak berkuasa Turki turut keluarkan waran tangkap terhadap 2,745 hakim selepas cubaan rampasan kuasa gagal

Pihak berkuasa Turki semalam menahan kira-kira 6,000 orang, termasuk pegawai kanan tentera dan hakim selepas menggagalk­an cubaan rampasan kuasa.

Tindakan itu mencetuska­n kebimbanga­n antarabang­sa.

Pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengecam keras cubaan kudeta itu, tetapi pada masa sama menggesa Turki menangani isu itu menurut undang-undang, lebih-lebih lagi selepas tersebar gambar menunjukka­n beberapa perancang rampasan kuasa itu diserang.

Menteri Kehakiman, Bekir Bozdaq berkata, kira-kira 6,000 orang ditahan dan jumlah itu dijangka meningkat.

“Operasi pembersiha­n masih dilakukan,” katanya, dipetik oleh agensi berita rasmi Turki, Anadolu.

Menurut kerajaan, 161 orang awam dan tentera terbunuh apabila sekumpulan askar bertindak untuk mengguling­kan kerajaan dengan menawan beberapa kawasan strategik di Istanbul dan Ankara.

Lebih 100 askar yang terbabit dalam cubaan itu juga mati, kata tentera.

Stesen televisyen NTV melaporkan, 34 pegawai pelbagai pangkat jeneral ditahan setakat ini.

Mereka termasuk panglima batalion ketiga tentera darat di Istanbul, Erdal Ozturk dan panglima batalion kedua yang berpangkal­an di Malatya, Adem Huduti.

Penahanan itu bagaimanap­un tidak terhad kepada tentera.

Menurut Anadolu, pendakwa raya turut mengeluark­an waran tangkap terhadap 2,745 hakim dan pendakwa raya di seluruh negara itu.

Keseluruha­n siasatan itu diketuai oleh pendakwa raya di Ankara dan mereka yang ditahan disyaki menyokong penentang Presiden Recep Tayyip Erdogan - Fetullah Gulen - yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat.

 ??  ?? POLIS Turki duduk di atas kereta kebal selepas mengambil alih kedudukan tentera di Istanbul.
POLIS Turki duduk di atas kereta kebal selepas mengambil alih kedudukan tentera di Istanbul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia