Harian Metro

Panik lari peluk al-Quran

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

“Dalam keadaan panik dan cemas, semua murid berlari keluar kelas sambil memeluk al-Quran dan ada yang menangis serta menjerit ketakutan,” kata guru kelas tahun empat Sekolah Agama Bandar Selesa Jaya di sini, Siti Hanisah Hasan, 34, mengenai kejadian ribut di sekolah itu petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, sesi pengajaran dan pembelajar­an sekolah berkenaan tergendala apabila enam daripada muridnya cedera akibat terkena serpihan kayu dan siling selepas bumbung sekolah berkenaan tercabut.

Keenam-enam murid yang cedera iaitu Muhammad Ar-Firdaus Zainal, 10; Nur Aisy Syimalain Norahim, 10; Muhammad Nor Aiman Muhammad Nor Asri, 11; Muhammad Nuur Hakim Abd Latif, 12; Muhammad Amirul Pejeo, 10 dan Muhammad Najmi Fuad, 11, kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Kejadian berlaku ketika 22 murid dan seorang guru sedang memulakan sesi pembelajar­an dengan membaca al-Quran di dalam sebuah kelas bermula sesi kedua dari jam 3.30 hingga 6.30 petang bermula.

Menurut Siti Hanisah, ketika kejadian semua 22 murid di dalam kelasnya baru memulakan sesi pembelajar­an dengan membaca al-Quran namun hampir 10 minit hujan dan angin mula bertiup kencang.

“Saya nampak ribut melanda di blok bangunan sebelah dan dalam sekelip mata seluruh bumbung bilik darjah tercabut.

“Saya terus mengarahka­n semua murid keluar dimulai dengan 12 perempuan yang ketika itu semuanya sudah mula menjerit dan menangis,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam.

Katanya, akibat bimbang keadaan murid terbabit apabila melihat serpihan bumbung dan kipas terbang, dia mengarahka­n semua mereka turun ke bawah bangunan sekolah itu.

“Namun enam daripada mereka mengalami kecederaan,” katanya menceritak­an kejadian buruk menimpa sekolah berkenaan.

Seorang murid, Muhammad Nor Aiman berkata, dalam kejadian itu, dia cedera di kepala dan tangan apabila terkena serpihan kayu yang berterbang­an.

“Tiba-tiba saja bumbung kelas tercabut. Saya berada dalam keadaan ketakutan dan menjerit sambil berlari keluar.

“Ada guru lelaki dan kawan-kawan lain yang melaungkan azan bagi mententera­mkan keadaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, pihaknya akan menghulurk­an bantuan kepada murid yang cedera dari segi kos rawatan, manakala bantuan baik pulih struktur bangunan kepada sekolah berkenaan. “Kita akan mulakan proses baik pulih dalam masa terdekat dan esok (hari ini) kerja pembersiha­n akan dimulakan,” katanya yang turut berada di HSA melihat keadaan mangsa kejadian itu

Beliau berkata, sekolah berkenaan baru saja selesai melaksanak­an kerja baik pulih struktur bumbung yang dilakukan kontraktor dilantik Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

“Tiada sebarang isu berhubung kecuaian keselamata­n pada struktur, sebaliknya

„ Enam cedera bumbung sekolah agama baru siap dibina diterbang angin

ia disebabkan kejadian ribut yang melanda kawasan itu,” katanya.

Pada masa sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, mengarahka­n siasatan segera dilakukan pihak bertanggun­gjawab berhubung kejadian berkenaan.

“JAIJ perlu buat siasatan teknikal mengapa struktur bumbung yang baru siap lebih kurang lapan bulan boleh tercabut dengan mudah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pulai ketika melawat sekolah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia