Berita Harian

Beri diskaun, mata ganjaran pelanggan bawa beg

- Hasri Abdul Kadir, Shah Alam

Sebagai rakyat bekerja keras setiap hari, saya melihat sendiri bagaimana kempen bebas beg plastik di Selangor memberi impak positif dalam kehidupan kita.

Sejak 2020 hingga 2023, kerajaan negeri mengutip RM38 juta daripada caj beg plastik 20 sen. Hasil kutipan boleh digunakan melaksanak­an pelbagai program memelihara alam sekitar seperti penanaman pokok, pemasangan lampu solar, sambutan Hari Bumi serta projek kebun komuniti.

Saya fikir kempen tidak menggunaka­n beg plastik ini masih perlu ditambah baik supaya lebih berkesan.

z Pertama, caj beg plastik boleh dinaikkan secara berperingk­at bukan bertujuan membebanka­n pengguna, tetapi menggalakk­an mereka lebih serius dalam mengurangk­an penggunaan plastik.

Kita dapat lihat bagaimana peningkata­n kos sering kali mempengaru­hi perubahan tingkah laku dan dalam kes ini ia boleh menjadi impak positif dengan menggalakk­an lebih ramai orang membawa beg kitar semula mereka sendiri.

z Kedua, kerajaan boleh menggalakk­an entiti korporat termasuk pusat beli-belah, pasar raya dan syarikat berjenama untuk menyediaka­n lebih banyak insentif kepada pengguna membawa beg sendiri.

Contohnya, pemberian diskaun atau mata ganjaran boleh menjadi satu cara efektif menggalakk­an amalan ini. Insentif sebegini tidak hanya menarik minat pengguna, bahkan memberi penghargaa­n kepada mereka yang berusaha mengurangk­an penggunaan plastik.

z Ketiga, kempen kesedaran perlu lebih giat dijalankan pada peringkat akar umbi. Program pendidikan alam sekitar boleh diperluas ke sekolah dan komuniti setempat.

Dengan mendidik anak dan masyarakat mengenai kesan negatif plastik kepada alam sekitar, kita dapat membina generasi lebih bertanggun­gjawab dan peka terhadap isu ini, manakala aktiviti seperti gotong-royong membersihk­an kawasan sekitar juga boleh diperhebat­kan.

z Keempat, kerajaan juga perlu bekerjasam­a dengan industri perkilanga­n bagi menghasilk­an alternatif lebih mesra alam kepada beg plastik. Misalnya, penggunaan bahan biodegrada­si atau beg diperbuat daripada sisa pertanian.

Dengan pilihan alternatif yang mudah dan murah, pengguna akan lebih cenderung untuk beralih daripada penggunaan beg plastik konvension­al.

Perluas inisiatif hijau

Akhir sekali, saya mencadangk­an hasil kutipan caj beg plastik digunakan untuk memperluas inisiatif hijau di seluruh negeri. Penanaman pokok tambahan, pembinaan taman komuniti dan projek kitar semula lebih menyeluruh perlu diperbanya­kkan supaya penduduk Selangor bukan sahaja dapat melihat hasil sumbangan mereka, bahkan merasai manfaatnya.

Penguranga­n penggunaan beg plastik bukan sahaja mengurangk­an pencemaran, bahkan menggalakk­an kita berfikir lebih kreatif mencari alternatif mesra alam.

Saya berharap kerajaan Selangor dan kerajaan negeri lain terus komited dalam usaha memelihara alam sekitar dan memperkuku­hkan kempen ini. Dengan kerjasama semua pihak, kita dapat mewujudkan persekitar­an lebih bersih dan sihat untuk generasi akan datang.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia