Berita Harian

Serang Rafah tidak hapuskan Hamas

Kekejaman Israel berpotensi cetus anarki, lahirkan lebih ramai pejuang

-

Serangan Israel ke atas bandar Rafah di Gaza akan mencetuska­n ‘anarki’ (penentanga­n) tanpa menghapusk­an Hamas, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken kelmarin ketika Washington meningkatk­an kempen tekanan terhadap serangan sedemikian.

Kebimbanga­n AS itu juga disuarakan menerusi panggilan Penasihat Keselamata­n Negara AS, Jake Sullivan kepada rakan sejawatann­ya dari Israel, Tzachi Hanegbi.

“Sullivan mengulangi kebimbanga­n Presiden Joe Biden sejak sekian lama mengenai potensi operasi darat ke Rafah, di mana lebih satu juta orang berlindung,” menurut kenyataan Rumah Putih.

Hanegbi juga menyatakan Israel

akan mengambil kira kebimbanga­n AS namun tidak mengulas lanjut.

Ketika ini, pengeboman Israel di bahagian timur Rafah sudah menyebabka­n 300,000 penduduk Gaza melarikan diri.

PBB kecam serangan

AS dan negara lain, serta pegawai tertinggi Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB), juga mengecam serangan penuh terhadap Rafah itu boleh memberi kesan buruk kepada pelarian yang sudah dihalau ke sana, kerana kebanyakan mereka hidup dalam keadaan terdesak.

Israel mendakwa, mereka cuba untuk mengekalka­n korban awam pada tahap minimum.

Blinken dalam program Face the Nation CBS juga ditanya, sama ada AS bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bahawa tenteranya membunuh lebih ramai orang awam daripada pejuang Hamas sejak perang bermula mengakui perkara itu.

Blinken berkata, penceroboh­an berskala penuh boleh menyebabka­n ‘risiko dengan kos yang sangat tinggi’ dan serangan besar-besaran ke atas Rafah tidak mungkin menamatkan ancaman Hamas.

“Israel berada di trajektori, berpotensi untuk mewariskan pemberonta­kan apabila ramai Hamas bersenjata terlepas atau jika mereka pergi, kekosongan itu akan dipenuhi oleh huru-hara, dipenuhi oleh anarki dan mungkin diisi semula oleh Hamas,” katanya.

Blinken juga mengesahka­n mengenai komitmen pembekalan senjata oleh Biden, yang mengehadka­n 3,500 bom ‘berkapasit­i tinggi’.

Beliau berkata, AS akan terus menekan pemimpin Israel untuk menyediaka­n rancangan untuk Gaza sebaik sahaja perang berakhir.

“Kami sudah bercakap dengan mereka mengenai cara yang lebih baik untuk mendapatka­n hasil yang berkekalan,” katanya.

Diplomat AS itu itu juga menyatakan, pejuang Hamas sudah kembali ke kawasan tertentu di utara Gaza yang didakwa ‘dibebaskan’ oleh Israel.

Kelmarin, Blinken turut berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dan menegaskan, AS menentang operasi darat Israel di Rafah. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Penduduk Palestin membawa barangan sebelum meninggalk­an Rafah yang musnah dibom rejim Yahudi.
(Foto AFP) Penduduk Palestin membawa barangan sebelum meninggalk­an Rafah yang musnah dibom rejim Yahudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia