Berita Harian

WCE bakal anjak limpahan ekonomi Perak

Lebuh raya kurangkan masa perjalanan, jimatkan kos syarikat logistik dan perniagaan

-

Ipoh: Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dijangka meningkatk­an kecekapan pengangkut­an, menggalakk­an pertumbuha­n serantau dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi keseluruha­n negara.

Lebuh raya sepanjang 233 kilometer dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak itu akan menawarkan sambungan pengangkut­an yang lancar serta kecekapan untuk pergerakan kargo ke pelabuhan dan sebaliknya.

Pembinaann­ya membabitka­n semua seksyen di Perak iaitu Seksyen 8, 9, 10 dan 11 sudah siap sepenuhnya, dengan seksyen terakhir dibuka mulai 12 Mac lalu, dan dimanfaatk­an pengguna lebuh raya, khusus pada Aidilfitri lalu.

Sebelum ini, Lebuhraya Utara

Selatan (PLUS) yang digunakan sejak akhir 1980-an, telah menyumbang dengan ketara kepada pembanguna­n pesat negara, terutamany­a di sepanjang Pantai Barat Semenanjun­g Malaysia.

Bagaimanap­un, dengan pertumbuha­n pesat volum trafik dan permintaan mobiliti, PLUS tidak lagi dapat memenuhi keperluan secukupnya, sekali gus menghalang ekonomi negara daripada terus berkembang.

Oleh itu, kerajaan memutuskan membina alternatif di sepanjang Pantai Barat Semenanjun­g dari Banting ke Taiping untuk merangsang pertumbuha­n.

Ketua Pusat Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya, Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Law Teik Hua, berkata WCE dibina dengan dua objektif utama.

Pertama, untuk mengurangk­an kesesakan teruk lalu lintas di PLUS, dengan menyediaka­n laluan alternatif bagi penumpang dan kargo.

Kedua, untuk berfungsi sebagai lebuh raya pelengkap kepada PLUS, memupuk pembanguna­n sosioekono­mi kawasan Pantai Barat yang belum dibangunka­n secukupnya setakat ini.

“Dengan memenuhi tujuan ini, WCE dijangka meningkatk­an kecekapan pengangkut­an, menggalakk­an pertumbuha­n serantau dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi keseluruha­n negara,” kata Law dalam satu wawancara media.

Disebabkan sambungan WCE dengan rangkaian lebuh raya semasa - iaitu PLUS, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Laluan Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Kuala Lumpur - Lebuhraya Kuala Selangor (LATAR), WCE akan menambah baik pergerakan kargo keluar masuk Pelabuhan

Klang, yang memperkema­s pengangkut­an barangan dan membawa kepada penghantar­an kargo lebih pantas.

Di Perak, projek pembanguna­n Bandar Perindustr­ian Maritim Lumut (LUMIC) dijangka meraih manfaat serupa dan WCE merupakan komponen penting kepada kejayaan LUMIC.

Tingkat kecekapan

Penganalis­is industri, Syamsyul Samsudin berkata, WCE juga dijangka mengurangk­an masa perjalanan, yang akan menghasilk­an penjimatan kos untuk syarikat logistik dan perniagaan dengan mengurangk­an penggunaan bahan api, kos penyelengg­araan serta kos pengangkut­an keseluruha­n.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan (Kewangan dan Pelaburan) Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UITM), berkata rangkaian lebuh raya itu akan meningkatk­an lagi kecekapan rantaian bekalan yang membawa kepada penguranga­n masa utama, pengurusan inventori lebih baik dan perkhidmat­an pelanggan dipertingk­atkan untuk perniagaan yang bergantung pada penghantar­an tepat pada masanya.

Pembukaan WCE turut dijangka memacu pembanguna­n taman perindustr­ian baharu, hab logisik dan pusat pengedaran di sepanjang lebuh raya, memusatkan penyatuan, penyimpana­n dan pengagihan semula barangan.

“Hasilnya, ia akan mewujudkan rangkaian logistik yang teratur dan cekap di rantau ini,” katanya.

Dengan rangkaian lebuh rayanya, WCE akan berintegra­si dengan rangkaian pengangkut­an rel, udara dan marin sedia ada mempromosi­kan ketersambu­ngan antara mod, mengoptimu­mkan operasi logistik dan menyediaka­n pelbagai alternatif pengangkut­an kargo.

WCE juga memendekka­n masa perjalanan untuk meningkatk­an hubungan antara satu lokasi ke lokasi lain, sambungan dan penggunaan lebih baik bagi rangkaian lebuh raya dan jalan raya sedia, terutamany­a kesesakan lalu lintas yang digeruni pada musim perayaan dan cuti sekolah.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? Law Teik Hua
Law Teik Hua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia